Berfikir Gaya Champion - mencari potensi dalam diri


Selesai sudah membaca Berfikir Gaya Champion karya Tuan Web Sutera. Pertama sekali, tahniah.

Kedua, sangat santai saya kira untuk sebuah buku motivasi dan tarbiah. Mudah dihadam. Saya rasa seolah-olah beliau sedang berdiri di hadapan saya dan bercerita.

Ketiga, saya seperti membaca sebuah diari perjalanan hidup seseorang yang berjuang untuk menjadi seorang insan yang hebat.

Rumusannya, penulis mengajak pembaca mencari potensi dalam diri sendiri. Kejayaan itu bermula dengan cara kita berfikir. Sekecil mana pun kita, cara berfikir mampu mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Abang Web Sutera, terima kasih kerana membuka mata saya. Dalam hidup yang dapat menentukan hala tuju di landasan yang betul adalah bermula dengan berfikir.

Hidup tanpa tindakan adalah mati tetapi hidup tanpa berfikir adalah mati sebelum bertindak.

** Komentar Cikpuan Suhailah Onn.

Buku tarbiah rohani | Berfikir Gaya Champion 
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (2013) 
Tebal: 200 muka surat 
ISBN: 978-983-097-342-5 
Harga: Sem. M'sia: RM17.00. Sabah/Sarawak: RM19.00

Berkaitan: Sembang dua judul buku di CyberSecurity Malaysia
Berfikir Gaya Champion: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal 
Champion: Allah bos kita, bukan manusia

1 comments:

Web Sutera said...

Alhamdulillah, andai itu manfaat yang dapat dicicip dari buku Berfikir Gaya Champion. Terima kasih, Cikpuan Suhailah Onn. Komen ini amat dihargai, insya-Allah.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger