KOMBAT ARMAGEDON - Baitulmaqdis

 
Kitab agung al-Quran dan banyak hadis Rasulullah (SAW) bercerita mengenai era terakhir usia bumi kita. Daripada tafsiran alim ulama era Nabi Muhammad (SAW), para tabi’in dan ulama selepasnya dan seterusnya ilmuan Islam kontemporari, saya simpulkan seperti dberikut:

“Ia ditakdirkan bahawa Baitulmaqdis atau Jerusalem dan secara besarnya tanah Palestin akan dibebaskan oleh tentera Muslimin. Ia turut akan memusnahkan negara haram Israel dari muka bumi dan al-Masih Nabi Isa binti Mariam kemudiannya akan menjadi Khalifah yang memerintah dari Baitulmaqdis. Nabi Isa Alaihisalam akan mentadbir sebuah khilafah berupa Negara Islam yang akan dibentuk di Tanah Suci Palestin menggantikan negara pembohong Israel.”

Semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayang-Nya untuk semua arwah para alim ulama Islam, dan memberkati usia serta ilmu ulama kontemporari dari seluruh bangsa dan negara. Amin ya Rabb.

Ia juga ditakdirkan sebelum Baitulmaqdis muncul sebagai pusat pemerintahan Negara Islam, negara haram Zionis Yahudi Israel akan memenuhi ramalan sebagai ‘negara’ yang menjarah dunia. Negara tuntunan sang Dajjal dari dunia gelap itu bakal memerintah dan menjarah bumi dalam satu masa yang dikenali sebagai ‘sehari bagaikan seminggu’.

Pada akhir tempoh itu, al-Masih sang pembohong besar Dajjal akan muncul sebagai manusia sebenar, bertubuh dan beranggota sebagai manusia. Tatkala itu ia muncul sebagai ‘pada harinya seperti hari kita’, sebagai seorang manusia yang menjelma dari dunia ghaib.

Pada saat itu air Laut Galillee akan mengering. Dajjal akan 'memerintah' dunia dari Baitulmaqdis dan memenuhi misinya sebagai pembohong al-Masih sebenar, yakni menipu sebagai al-Masih Nabi Isa alaihisalam. Setelah Dajjal muncul secara langsung, saat itulah Imam al-Mahdi akan muncul.

Banyak kali kaum Bani Israel melanggar janji mereka dengan Allah, justeru Allah mengharamkan Baitulmaqdis atau Jerusalem untuk mereka selamanya. Pendudukan Zionis Yahudi di tengah-tengah negara Arab itu tidak akan berjaya. Itu janji Allah yang Maha Benar.

Nabi Muhammad (SAW) menunjukkan kepada kita yang tentera Muslimin akan muncul dari Khorasan bagi musnahkan negara haram Israel. Bala tentera jihad itu akan muncul sebaik sahaja Imam Mahdi muncul, kemudian kekhilafahan Islam akan wujud buat kali terakhir.

Musnahnya negara Yahudi Israel itu buat kali terakhir juga. Sejarah menintakan bahawa tentera Babylon buat kali pertama menghalau kaum Yahudi keluar dari situ. Kemudian buat kali kedua oleh tentera Rom. Akhirnya tentera jihad Muslimin akan menghalau mereka.

Fiksyen ini memangnya sebuah fiksyen. Ia bukan kitab atau kajian ilmiah, namun ditata dan diadaptasi dari kajian ilmiah. Fasa utama fiksyen ini ialah sebelum “Pada akhir tempoh itu, al-Masih sang pembohong besar Dajjal akan muncul secara sebagai manusia sebenar, bertubuh dan beranggota sebagai manusia.”

Walaupun demikian, pada pemahaman saya, fasa atau tempoh masa sebelum munculnya Dajjal secara nyata, tidak kita ketahui secara tuntas. Ilmu itu hanya milik Allah yang Maha Mengetahui.

Peristiwa atau plot ceritera di tahun-tahun Masihi selepas 2013 adalah gambaran dari saya semata-mata. Ia imaginasi saya sebagai penulis novel ini, tidak langsung dinyatakan dalam sebarang ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad (SAW) dan tafsiran para ulama. Justeru ia sebuah fiksyen.

Dalam sebuah risalah kecil bernilai besar, ilmuan Islam Imran N. Hosein menulis, “Dalam masa 10 tahun dari sekarang, iaitu dalam bulan Rabi al-Thani 1443 Hijrah, dunia Islam akan memperingati genap 100 tahun peralihan kuasa di Makkah dari naungan Turki Uthmaniah kepada Sultan Arab, Abdul Aziz bin Saud.”

Imam Ahmad dan Thabrani meriwayatkan sebuah hadis. Abu Umamah melaporkan yang Rasulullah (SAW) berkata, “Segolongan umatku tetap memegang dan menolong agama, mereka keras kepada musuh. Tidak takut terhadap orang yang menentangnya dan terhadap apa yang menimpa mereka dari cubaan, sehingga datang perintah Allah mereka masih tetap berkeadaan begitu.”

“Sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, di manakah mereka?’

“Baginda menjawab, ‘Di Baitulmaqdis dan di sekitar Baitulmaqdis.’”

Semoga bermanfaat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sebuah misi bermisil.

** Hakcipta Terpelihara 2013 WEB SUTERA @ Hizamnuddin bin Awang.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger