Islam melebihi ras dan merentas negara


Saya terbitkan status di Facebook saya di sini.

Khas untuk teman-teman non-Muslim. Pohon maaf andai tersinggung terhadap status saya berkenaan iman dan jihad. Sebagai muslim, saya yakin jihad itu wajib ke atas setiap orang Islam, paling kurang untuk saya dalam penulisan. Dalam masa yang sama, Nabi Muhammad mengajar agar jangan ada paksaan dalam menyampaikan dakwah, yakni secara khusus jangan paksa orang lain memeluk Islam.

Namun yang benar tetap benar, yang batil atau palsu tetap palsu. Iman dan kepercayaan bukan hak kita, penentu segala ialah Allah Azza wa Jalla, Dia yang memberi hidayah. Usaha jihad tetap diteruskan.

Allah ciptakan manusia pelbagai ras dan warna kulit serta rencam bahasanya. Justeru untuk apa? Agar kita saling mengenal antara satu sama lain. Dalam sebuah negara Islam, adalah WAJIB untuk pemerintah dan penganut Islam agar pertahankan nyawa warga non-Muslim andai mereka diancam musuh dan tidak memerangi Islam. Wajib maksudnya berdosa sekiranya tidak memberi bantuan.

Saya Melayu pastinya sayangkan bangsa Melayu itu. Andai Cina, pasti juga saya sayangkan bangsa leluhur Cina saya. Ambil pengajaran Sultan Muhammad Al-Fateh, baginda tidak menghukum, menghalau apatah lagi membunuh penganut Kristian di Konstantinopel. Sebaliknya mereka bebas amalkan kepercayaan masing-masing, bahkan lebih bebas daripada pemerintahan maharaja-maharaha Bizantin sebelumnya.

Ambil contoh mudah. Sekiranya saya HANYA diberi dua pilihan seperti berikut:
(1) Melayu non-Muslim (jika ada) yang berniat menginiaya bangsa lain;
(2) Cina Muslim yang membantu bangsa lain tanpa mengira siapa.

Maka saya akan memilih nombor (2), justeru itulah ajaran Islam. Islam paling depan saya junjung, sementara bangsa tidak semestinya perlu disokong andai berbuat khianat.

Ayat lain: Saya bukan kata saya tidak sayang bangsa Melayu. Sayang woo! Saya tidak kata saya benci bangsa Cina, India, Inggeris, Iban, Kadazan, Afrika, Arab dan lain-lain. Malah sayang semua bangsa, terutamanya di Malaysia kita ini. Tapi cinta saya pada Islam melebihi ras dan merentas negara. Saya benci Yahudi bukan kerana dia orang Yahudi, tapi justeru majoriti mereka adalah penentang umat Islam dan menganut fahaman Zionis anutan Dajjal.

3 comments:

Muhammad Rizal said...

Waktu mengaji dulu dengan Tuan Guru katanya dakwah ini wajib bagaimana hendak berdakwah banyak caranya. Kalau mu pandai mengajar mu mengajar, kalau mu pandai bersyarah mu bersyarah kalau mu pandai menulis mu menulis, mengikut kata kata Nabi sampaikan oleh mu walau satu ayat daripada ku. Nampaknya tuan telah melaksanakannya.

Web Sutera said...

Kita saling mengingat dan saling berpesan. Kita tidak bermusuh dengan sesiapa, melainkan Iblis, Dajjal dan konco-konconya terdiri daripada jin dan manusia. Hanya demi Allah yang Maha Esa, tiada dua.

Al-Zafran Hasan said...

BEST Tuan!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger