Belajar dari AL-FATEH: Peranan Ulama


Petikan segmen novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH. Peranan ulama baik lagi ikhlas sangat penting. Ulama yang tidak mengikut perintah penguasa zalim lagi tidak beriman. Berkata benar dan hak walaupun di depan seorang sultan.

Sultan Urkhan bin Uthman meneruskan impian ayahandanya dalam menakluk dan membebaskan wilayah yang dikuasai oleh Empayar Bizantin. Pada tahun 1327, kota Nicomedia di barat laut Asia Kecil berjaya ditawan. Justeru, cintakan ilmu dan ulama, beliau menubuhkan sebuah universiti di situ.

Dalam melestarikan usaha penaklukan kota kemegahan Bizantin di Konstantinopel, beliau terus memperingatkan sabda Nabi Muhammad (SAW). Bantuan para ulama yang mendapat tempat istimewa dalam pentadbiran daulah dan pusat pengajian menjadi obor semangat jihad. Misi menyatukan wilayah Asia dan Eropah dimulakan bagi memudahkan gempuran Konstantinopel.

Dalam tahun 1354, putera beliau Sulaiman Pasha memimpin satu pasukan pemberani seramai 40 orang merentasi Selat Dardanella.


@@@@@@@

Baca, fahami dan tadabbur Al-Quran. Baca tafsirnya. Insya-Allah, kita bakal dituntun oleh Allah yang Maha Pengasih. Ikhlaskan niat.

Khas untuk sahabat tersayang. Demi Allah yang nyawa saya berada dalam gengaman-Nya, banyak idea dari tadabbur Al-Quran dan telaah hadis Rasulullah (SAW) serta isi tazkirah atau kuliah. Selagi saya tidak catat, selagi itu persis hati berdebar. Diulang sekali lagi, saya bukan ustaz atau cerdik pandai dalam ilmu-ilmu agama, namun demi Dia, kita saling mengingat.


Kebenaran dan peraturan adalah apa yang termaktub di dalam Al-Quran. Siapapun yang membaca Al-Quran dan memahaminya dengan ikhlas, lalu berfikir pelbagai peristiwa dalam kitab ini, kita dapat dekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla. Insya-Allah, banyak rahsia akan terungkap dari hijab kehitaman nafsu.


Namun begitu, mari fahami sebuah hadis. Huzaifah al-Yaman melaporkan, Rasulullah (SAW) berkata, "Akan ada suatu kaum yang mengikuti selain sunnah saya serta memberikan petunjuk dengan petunjuk selain petunjuk saya. Di antara mereka ada yang kamu kenal, juga ada yang tidak kamu kenal.


Saya bertanya, "Apakah setelah kebajikan itu nanti akan ada lagi kejahatan?"


Rasulullah menjawab, "Ya! Kelak akan muncul para da'i yang berada di muka pintu-pintu neraka Jahannam. Sesiapa yang menuruti panggilan mereka, nescaya akan dilemparkan ke dalamnya." (Hadis riwayat Muslim)


Pernyataan Baginda itu merujuk kepada para cerdik pandai Islam yang tidak membenarkan apa yang mereka ketahui dalam Al-Quran. Mereka ikut mana yang nafsu suka atau mengikut arahan pemimpin mereka yang zalim. Inilah yang dikategorikan sebagai ulama jahat. 


Wallahu'alam.

@@@@@@@

Dari novelis sejarah Tuan Abdul Latip.

“Mesir sekarang bukan lagi negara yang berkat. Dr. Morsi mengambil masa paling kurang 30 tahun untuk mengubah sikap rakyat Mesir,” begitu kata seorang rakyat Mesir yang kami temui semasa berada di Mahmodiyah beberapa bulan yang lalu.

Benar sekali kata-katanya itu. Jika kita pergi ke Mesir dapat melihat bagaimana sikap pengguna jalan rayanya yang seolah tidak ada peraturan dan undang-undang, para peniaganya yang suka mengambil kesempatan, orang ramai yang suka membuang sampah merata-rata dan banyak lagi perkara yang sepatutnya tidak berlaku di sebuah negara yang bertamadun. Semuanya kerana sudah berpuluh tahun berada di bawah pemerintah diktator dan sekular.

Ikhwan Muslimin dan beberapa pertubuhan Islam yang lain berusaha mengajak rakyat Mesir kembali kepada Islam, tetapi mereka dianggap sebagai musuh negara. Ini kerana mereka yang tidak suka kepada Islam lebih ramai bilangannya.

Kerana itu mereka tidak mahu Dr. Morsi menjadi Presiden Mesir kerana beliau dari Ikhwan Muslimin. Dan selepas ini mereka akan pastikan hanya pemimpin berfahaman sekular sahaja menjadi Presiden Mesir.

Berita terbaharu, mereka yang merampas kuasa akan mengistiharkan perang saudara. Tujuan mereka bagi melenyapkan Ikhwan Muslimin dan mereka yang mahukan Islam. Jika Ikhwan Muslimin dan pejuang Islam menang maka Islam tegak di bumi Mesir. Jika sebaliknya maka Mesir kembali seperti zaman pemerintahan Gamel Abdul Naser hingga ke Hosni Mubarak.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger