Champion Gaya AL-FATEH: Peranan Ulama


Peranan para ulama amat penting, terutamanya Syeikh Aaq Syamsuddin al-Wali dan Syeikh Ahmad al-Kurani, dalam misi Sultan Muhammad Al-Fateh bebaskan kota Konstantinopel daripada pimpinan tirani maharaja Bizantin.

Namun begitu, mari fahami sebuah hadis. Huzaifah al-Yaman melaporkan, Rasulullah (SAW) berkata, "Akan ada suatu kaum yang mengikuti selain sunnah saya serta memberikan petunjuk dengan petunjuk selain petunjuk saya. Di antara mereka ada yang kamu kenal, juga ada yang tidak kamu kenal.

Saya bertanya, "Apakah setelah kebajikan itu nanti akan ada lagi kejahatan?"

Rasulullah menjawab, "Ya! Kelak akan muncul para da'i yang berada di muka pintu-pintu neraka Jahannam. Sesiapa yang menuruti panggilan mereka, nescaya akan dilemparkan ke dalamnya." (Hadis riwayat Muslim)

Pernyataan Baginda itu merujuk kepada para cerdik pandai Islam yang tidak membenarkan apa yang mereka ketahui dalam Al-Quran. Mereka ikut mana yang nafsu suka atau mengikut arahan pemimpin mereka yang zalim. Inilah yang dikategorikan sebagai ulama jahat.

Tidak ada kebaikan dalam aturan dan praktik yang digunapakai oleh kebanyakan orang selama berabad-abad yang didoktrinkan sebagai benar. Sungguh, mereka sudah tertipu tanpa petunjuk Al-Quran dan hadis Rasulullah (SAW).

Kebenaran dan peraturan adalah apa yang termaktub di dalam Al-Quran. Siapapun yang membaca Al-Quran dan memahaminya dengan ikhlas, lalu berfikir pelbagai peristiwa dalam kitab ini, kita dapat dekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla. Insya-Allah, banyak rahsia akan terungkap dari hijab kehitaman nafsu.

Wallahu'alam.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger