NAKHODA AGUNG - Monolog jagat dalam ceritera


Insya-Allah, tak kenal maka tak cinta. MUST READ SDN BHD adalah penerbit kedua yang sudi menerbitkan buku saya. Buku pertama ialah 50 Sup Champion Resipi Rasulullah. Andai tiada aral, sebelum PBAKL 2014, dua judul lagi akan terbit:

(1) Hijrah Champion Gaya Rasulullah
(2) Novel sejarah berjudul Nakhoda Agung.

Sudikan 'like' laman FB mereka di sini.

@@@@@@@

NAKHODA AGUNG - Monolog jagat dalam ceritera. Insya-Allah, bukan tujuan menyindir, tetapi saling mengingat walaupun dalam kisah sebuah novel.


13 Ogos 6,000 Sebelum Masihi

Mereka bersusah-payah juga, seperti kaum Nabi Nuh yang beriman tegar berusaha membina bahtera penyelamat itu selama berpuluh tahun. Namun musibah murka alam yang dipandu Allah itu tidak mahu mereka fahami. Bumi dan segala yang terdapat di dalam dan atas permukaannya sekadar menjunjung titah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia yang bertakhta di Arasy yang Maha Tinggi.

Makhluk yang menghuni langit juga tidak turun. Tiada malaikat yang terbang ke mari. Hanya satu. Ya, satu sahaja. Malaikat Maut yang turun.

Kaum zalim itu mencuba-cuba mendapatkan sesuatu, meraba-raba mencari erti.

“Petaka apakah ini?”
Safinah dan bot juga tak berdaya!”
“Ya Wadd, Suwaa, Yaghuth, Yauuq dan Nasr! Di mana kalian?”

Keluhan dan jeritan di sana dan di sini kedengaran. Rintihan mereka dalam gelap-gugut yang gelita tidak kunjung padam.

Jagat bermonolog, “Adakah itu sesalan? Ah ... sudah tidak berguna!”

Sudah terlambat. Telah berakhir umur mereka. Duka nestapa, kesakitan, keperitan bahkan tercabutnya nyawa dari badan tidak terperi ngerinya. Itu janji-Nya. Tidakkah Pesuruh Allah itu sudah memberi amaran keras?

Berkaitan: NAKHODA AGUNG - Elemen tafsir Taurat dalam kisah Nabi Nuh

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger