Lelaki Hindu baca PERANG ARMAGEDON – Pertempuran Besar Akhir Zaman


Dalam keadaan menghadapi migrain yang agak teruk. Sewaktu menunggu nombor giliran, aku perasan seorang lelaki sedang membaca buku yang agak tebal. Novel tentunya!

Sesekali mataku menjeling, mahu mengetahui tajuk novel itu. Dan lelaki itu menutup sebentar novel yang dibaca. Masya-Allah, novel yang dibaca oleh lelaki India itu ialah PERANG ARMAGEDON - PERTEMPURAN BESAR AKHIR ZAMAN, karya sahabatku Tuan Web Sutera.

Peluang terbuka. Pesakit disebelahnya bangun. Aku bingkas bangun dan beranjak ke sebelah lelaki India itu.

Tanpa menunggu lama, disebabkan migrain. Aku terus bertanya, “Maaf mengganggu, awak baca novel Perang Armagedon, best tak?"

Lelaki itu menjawab, “Memang best. Actually saya sudah tersilap beli buku ini. Ini kisah perang akhir zaman from a Muslim view. Tapi bila saya baca, makin lama makin seronok. A lot of information I got from this book."

Tiba - tiba baru aku ternampak di dahinya. "Are you Hindu?"

"Yes, I am,”  jawabnya sambil tersenyum.

Sembang kami tidak dapat diteruskan. Nombor giliran aku telah tiba.

** Catatan sahabat Mohamad Feroz bin Mohammad Zaini, Klang, Selangor.


@@@@@@@


Foto ketiga di atas semasa sesi sembang buku di MPH Alamanda, Putrajaya, 14 September 2014. Pemenang untuk soalan ketiga dari saya, "Apakah nama perang akhir zaman seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW?"

Adik bernama Ahmad Nabil ini (kiri) menjawab dengan beraninya, "Perang Al-Malhamah al-Kubra!"

Ayahandanya berkata, "Dia suka baca buku sejarah. Memang datang mahu beli novel ini."

Saya pun meninta kata-kata untuk novel PERANG ARMAGEDON yang dimenanginya. Saya tabik dengan anak ini! Hadiah buku sumbangan penerbit Galeri Ilmu.

Kami adalah tentera Allah.
Siap melangkah menuju ke medan juang.
Walau tertatih kaki ini berjalan.
Jiwa perindu syahid takkan tergoyahkan.
Wahai tentera Allah, siap siagalah.
Jangan menangis walau jasadmu terluka.

Medan jihad akhir zaman untuk pecinta syahid. Ayuh, wahai ikhwan ... berjihad dari sudut masing-masing.

** Foto lain juga dirakam di sesi sembang novel ini di MPH Alamanda, Putrajaya, 14 September 2014.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger