Armagedon diikuti oleh Malhamah al-Kubra


Hari Sabtu lepas setelah usai menghadiri majlis walimah sepupu isteri, saya ke pusat membeli belah Viva di Cheras. Satu tujuan mutlak - memburu buku RM5 sebuah. Hasilnya, novel ini salah satunya.

Saya baca sepintas lalu. Sungguh Islam dan pejuang jihadnya dihina begitu rupa! Allahu-Akbar! Dalam novel ini mesejnya jelas, bahawa Perang Armagedon dan rentetan tempur yang menyusul adalah 'kejahatan jihad Islam yang wajib dihancurkan'. Itulah doktrin yang ditanam ribuan tahun, demi melanyak dunia dan umat Islam, demi membunuh semangat jihad yang ada dalam al-Quran untuk selamatkan dunia yang barbarik di bawah teraju Zionis-Yahudi dan sekongkol Rom-nya.

Maka, salah satu mesej dalam novel saya - PERANG ARMAGEDON - adalah untuk menyangkal doktrin ini, untuk cerminan perang besar dari sudut pandang Islam yang benar. Insya-Allah, beberapa kesinambungan novel ini bakal menyusul dalam bulan-bulan mendatang.

Saya kongsikan salah satu fakta besar berdasarkan tafsir hadis, di bawah.

Setelah kehadiran dan pengisytiharan Imam Mahdi, ratusan negara-negara majoriti umat Islam akan menyokong dan mendukung beliau. Baiat taat setia akan datang berbondong-bondong ke Makkah dan di mana sahaja beliau berada. Kemudian misi pembebasan akan dirintis terhadap negara-negara umat Islam yang penguasanya tidak mahu berada di bawah naungan Islam.

Kemudian dalam satu tempoh masa, suatu tempur sangat besar dan menyeluruh, yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai Malhamah al-Kubra, akan tercetus. Ia perang akhir zaman – yang benar-benar terakhir – di antara tentera jihad muslimin di bawah komandan Imam Mahdi di satu pihak, melawan ketumbukan besar tentera pimpinan Dajjal dan kaum Zionis-Yahudi.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger