REMPIT 2: Eh, Iman Kau ke Mana?


Sering kita dengar orang tua dahulu lahirkan pepatah: ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Sebelum itu harus diambil juga pepatah: ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Orang-orang Melayu dahulu melihat alam dalam membentuk kata-kata nasihat dari tamsil ibarat. Indah, insya-Allah.

Dalam usaha melentur itu, peranan ulama atau cerdik pandai Islam menjadi penting. Lahirnya generasi penerus pejuang Islam demi kebaikan manusia sejagat dibentur oleh mereka yang ikhlas kerana Allah dan demi kelangsungan hidup sebelum mati.

Kita yang ikhlas berjuang tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan. Sikit-sikit marah. Sikit-sikit melenting dan kata “Ah, pandailah kau!”

Kita mentaakul dengan nasihat ulama yang setia bersama perjuangan Islam. Kita bergerak dengan niat kerana Allah, demi tegakkan Islam yang janjikan pahala jihad yang suci di sisi Allah.

Kisah di bab berikut sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan, kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah, hatta dipertaruhkan nyawa sekalipun justeru menyedari yang nyawa adalah pinjaman Allah. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah, dan ini yang diajarkan oleh ahli ibadat sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah batil semata-mata.

Bagi saya, ini juga kisah Al-Fateh, yakni kisah pembuka dan pembebas minda. Tak usah kata “Aku dah pandai!” Bacalah kisah berikut dari Surah al-Buruj.

Rempit Al-Fateh

Visi dan misi yang jelas, ketahanan jiwa yang kukuh, dan fokus tugas untuk kembangkan Islam sangat padu.

** Petikan dari manuskrip REMPIT AL-FATEH, USAH LETIH yang sudah siap. Andai ada penerbit sudi, saya berbesar hati.

** Saya WEB SUTERA, novelis dan penulis yang sudah menghasilkan lebih 15 karya berbentuk buku.
** Selain menulis, saya juga mengusahakan bisnes katering. Sudikan untuk hubungi pihak LUSIANA CATERING. Benda boleh bincang dalam Raikan Citarasa, insya-Allah.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger