Sempit dan perit
ketika mengharung denai
kehidupan yang menipu daya
aku sering terpedaya.
Namun aku ingin terus
bersama mereka yang beriman
agar di saat akan terjatuh
ada tangan yang dapat
digapai.
Hamba Tuhan banyak dosa
menagih kasih
kepada yang sudi
berjalan sama
Ya
Allah!
Sudut
mana neraka-Mu
yang
akan Engkau sumbat aku?
sudut
mana kubur-Mu
yang
Engkau akan sebat aku?
sudut
mana alam barzah-Mu
yang
akan Engkau belasah aku?
Ya
Allah!
Walaupun
aku hina dan banyak dosa di sisi-Mu
aku
tetap berharap ampunan-Mu
terimalah
aku sebagai hamba-Mu.
** INTAI DI BAWAH KARPET.
********************
Disebabkan
dia belum belajar memisahkan perasaannya daripada pertimbangan akalnya, maka
aku belum boleh belajar menghormati dirinya.
Seharusnya
banyak bermusafir membuat akal dan pertimbangan dia bertambah matang. Namun
perkara sebaliknya terjadi.
** Aku menyokong perhimpunan anti-Icerd.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
********************
Web Sutera atau nama sebenar Hizamnuddin bin Awang pernah menjadi
Editor bagi subjek matematik di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu
selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn. Bhd.
sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan
bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT/Internet dan branding.
Semasa
bekerja di JARING beliau melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, associate editor dan
editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama
beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa
Melayu tempatan – Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Dewan Agama
dan Falsafah, Dataniaga, Majalah PC, Usahawan Malaysia, Usahawan Sukses,
Akademik, Millenia Muslim, dan sisipan Komputer, Berita Harian.
Kesemua
subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT, internet dan peradaban manusia. Jawatan
terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi
Korporat dan Branding di JARING.
Terlibat
secara aktif menulis buku bermula tahun 2010. Kini sudah lebih 23 judul buku
(novel, cerpen dan motivasi/inspirasi) berseorangan dan bersama penulis lain
diterbitkan.
Memegang
ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer, USM, 1992 dan Sijil Kursus Bahasa
Melayu Untuk Penyuntingan Makalah Am dan Sains, Persatuan Linguistik Malaysia
dan DBP.
Lahir
di Jerteh, Besut, Terengganu, dan dibesarkan di sana dan di Felda Kota Gelanggi
Satu, Jerantut, Pahang. Kini menetap di Selangor/Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment