SANGGUP BACA NOVEL SETEBAL HAMPIR 1,000 MUKA SURAT?


Alhamdulillah. Masya-Allah, tabarokallah! Terima kasih atas penerimaan novel ini dari pembaca budiman. Saya - sang penulis yang kerdil di sisi Allah Taala - mulai menulis lantaran minat dan hobi yang mengebu-gebu dalam pembacaan pelbagai genre buku.

Syukur, sangat bersyukur. Novel KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH ini masih dicari oleh para peminat genre sejarah dan pengembaraan. Saya mendapat maklum bahawa buat masa ini ia sukar didapati di kedai-kedai buku.

Justeru... sudikan hubungi saya segera, sebelum pakej/kombo ini kehabisan stok.

ALLAHU-AKBAR! ALLAHU-AKBAR! ALLAHU-AKBAR!

Di bawah saya kongsikan salah satu komen terpanjang untuk karya ini, tanpa suntingan.

Alhamdulillah! Akhirnya saya berjaya menghabiskan pembacaan saya terhadap novel yang ditulis oleh Tuan Web Sutera.
Sebenarnya, memang niat saya untuk memulakan pembacaan novel yang bertajuk Konstantinopel: KibaranPanji-panji AL-FATEH ini pada tahun 2014,sebagai sebahagian Cabaran Membaca 55 Buku Tiga Lima. Namun demikian, saya mengubah niat tersebut. Saya membuat keputusan untuk membacanya sebagai penutup tirai tahun 2013 yang akan tiba tidak lama lagi.
Baiklah. Secara peribadi,saya merasakan novel ini lebih baik daripada Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain,yang juga merupakan karya penulis yang sama. Hal ini kerana subjek/latar yang dipilih lebih asli dan tidak berdasarkan kepada sebuah buku yang ditulis oleh penulis lain. Sepanjang pembacaan saya juga, saya merasakan penulisnya, Tuan Web Sutera, memberikan perhatian yang khusus dan teliti di dalam penulisan novelnya pada kali ini. Umpama, ditatang minyak yang penuh.
Tambah menarik, seperti novel Hijab Zulkarnain, wujud watak-watak rekaan yang dicipta untuk memberikan sudut-sudut pandang yang tersendiri. Watak-watak tersebut adalah pelbagai sifatnya. Antara watak yang wujud adalah seperti Grisham Gale, Muhammad Nabil dan Sarah Mirza. Malah,wujud juga watak dari alam yang lain! Watak-watak ini tidak selaras zaman masing-masing. Namun memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam menerangkan usaha-usaha penaklukan Konstantinopel oleh para pemerintah Islam dari era pemerintahan Khalifah Umayyah sehingga Uthmaniyyah.
Novel ini juga banyak menggunakan teknik imbas semula di dalam penceritaan. Mungkin agak memeningkan sesetengah pembaca. Namun,masih boleh difahami jika memberikan tumpuan yang baik sepanjang pembacaan. Bahasa Melayu yang digunakan adalah standard dan boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang menguasai bahasa Melayu dengan baik. Terdapat juga unsur cinta antara watak di dalam novel Konstantinopel ini. Tetapi, bukanlah sebuah kisah cinta yang melalaikan. Cinta yang berteraskan kesucian Islam dan ilmu pengetahuan yang murni.
Setiap orang mungkin mempunyai pendapat masing-masing usai membaca novel sejarah Islam ini. Pada saya, pengajaran utama yang saya peroleh hasil bacaan saya adalah betapa perlunya kesabaran (yang diiringi doa, usaha dan tawakal yang cekal dan berterusan) yang tinggi diperlukan untuk mencapai sesuatu. Usaha menakluk (membebas: Web Sutera) Konstantinopel umpamanya,memakan masa beratus-ratus tahun. Ditakdirkan, seperti di dalam hadis Rasullullah S.A.W., kota tersebut akan jatuh ke tangan pemimpin, tentera dan rakyat yang terbaik.
Proses untuk mencapainya memakan masa yang amat panjang. Namun demikian, keteguhan kepercayaan terhadap hadis Baginda itu membuatkan ramai pemimpin Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan apa yang dikatakan Baginda itu menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan masing-masing, walaupun banyak kegagalan dan ujian terpaksa ditempuhi dan post-mortem dikaji untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang wujud dan mengatasinya. Oleh itu,doa, usaha, tawakal dan istiqamah kepada Allah S.W.T. yang berterusan tanpa mengenal erti lelah dan putus asa diperlukan untuk mencapai kejayaan, khususnya kepada umat Islam pada hari ini supaya dihormati dan berjaya. Perlu saya katakan di sini, ini sesuatu yang mudah diucapkan, tetapi perlaksanaannya bukanlah sesuatu yang mudah!
Secara keseluruhannya,saya amat menyukai dan berpuas hati dengan novel ini. Sekalung tahniah kepada Tuan Web Sutera yang berjaya menghasilkan sebuah novel yang bukan sahaja sarat dengan info sejarah, tetapi juga pengisian dakwah dan tarbiahnya. Sesuai dibaca oleh semua orang Islam dan bukan Islam, tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur.
Satu cadangan yang saya ingin utarakan kepada Tuan Web Sutera untuk dipertimbangkan. Saya fikir, molek juga ditulis sebuah buku ilmiah yang berdasarkan kerangka perbincangan novel Konstantinopel. Saya fikir, berdasarkan apa yang saya tahu, masih belum ada penulis lagi yang menulis sebuah buku ilmiah yang membincangkan usaha-usaha penaklukan Kota Konstantinopel, dari suatu era pemerintahan ke era pemerintahan yang lain, seperti yang telah dibincangkan di dalam novel ini.
--- Hilmi Isa, Perak

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger