Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara – Syed Husin Ali

"Undang-undang zalim seperti ISA perlu dihapuskan kerana hak asasi manusia itu lebih penting dipertahankan. Walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, namun agenda menyatupadukan rakyat dan membentuk negara yang bersatu belum menunjukkan tanda kejayaan." (Dr Syed Husin Ali, penulis buku Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara)

Sinopsis

Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara ialah catitan pengalaman Syed Husin yang ditahan hampir enam tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan berikutan demonstrasi pelajar yang menyokong petani-petani Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang pada tahun 1974.


Selepas ditahan hampir dua tahun di Kamunting, beliau dikurung secara berseorangan selama enam bulan ditempat yang tidak diketahui di Kuala Lumpur. Semasa itu, beliau disoal-siasat dan dikenakan berbagai-bagai penyeksaan serta deraan.


Beliau cuba dibabitkan dengan beberapa orang tokoh politik serta wartawan yang telah ditahan atas tuduhan terlibat dengan apa yang didakwa sebagai "konspirasi komunis" di Singapura dan Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

Buku ini saya baca ketika masih di sekolah rendah. Terjumpa ia ketika menyelongkar buku-buku simpanan bapa saudara saya. Tika itu masih belum mengenal siapa Syed Husin Ali dan apa itu ISA.

Buku ini antara buku terbaik pernah saya baca. Perlu beli dan baca sekali lagi ni.

:)

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat Mudin001,

Terima kasih atas makluman. Saya akan beli, confirm!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger