- Narashangsa (The Praised) – Yang Terpuji.
- Antim Rishi (Final Sage) – Utusan Terakhir.
- Kalki Avatar (Sage of the Last Period) – Utusan Akhir Zaman
- Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad) – Muhammad dan Ahmad.
Veda juga menceritakan sifat-sifat utusan akhir zaman ini. Sebagai contoh dalam Atharva-Veda disebutkan:
(1) “He will use camels as his mounts.” (Atharveda 20:127:2) – (Dia menggunakan unta sebagai kenderaannya).
(2) “He will have twelve wives.” (Dia mempunyai 12 orang isteri)
(3) “God will honour Narashangsa with ten garlands.” (Tuhan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher)
(4) "He will receive a gift of ten thousand cows.” (Dia menerima anugerah 10,000 ekor lembu)
Maksudnya:
(1) Kenderaan yang digunakan Nabi Muhammad (S.A.W) adalah unta. Imam Bukhari berkata, “Anas melaporkan, Nabi memiliki seekor unta yang bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan (semasa latihan).”
(2) Nabi Muhammad (S.A.W) memang memiliki 12 orang isteri.
(3) Nabi Muhammad (S.A.W) mempunyai 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ‘yang sepuluh yang terjamin syurga’.
(4) Dr. Ved Prakash mengatakan perkataan ‘lembu’ adalah metafora yang melambangkan golongan yang baik dan bepekerti mulia. Menurut Dr. Ved Prakash ‘10,000 ekor lembu’ mungkin dikaitkan dengan 10,000 sahabat Nabi yang berjaya menguasai kota Mekah pada tahun ke-8 Hijrah.
(Dari buku Minda Muslim Super, Dr. Danial Zainal Abidin)
0 comments:
Post a Comment