Ah, di waktu ini ramai orang bercakap fasal arak, dari rakyat biasa, ke Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor). Sudah ada penjelasan dari kedua-dua tokoh tersebut, bahawa kerajaan Selangor tidak menghalang penjualan minuman keras di negeri itu. Ini ekoran kononnya ada pimpinan PAS Selangor yang mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.
Betul kah seperti mana yang diaporkan dalam akhbar berkenaan? Saya kira laporan akhbar kurang tepat, hanya serkap jarang atau ada motif jahat? Ada bayu membawa khabar bahawa ada anasir cuba menganggu-gugat ikatan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor. Betul kah?
Memang arak itu haram di sisi Islam, dan menjadi tanggungjawab kerajaan supaya menghadkan penjualan di kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam. Ingat kata kunci ialah ‘menghadkan’ bukannya menghalang secara total.
Saya mahu bertanya semua rakyat Malaysia, apa kebaikan meminum arak? Berapa ramai yang mati atau menghidap penyakit jika tidak minum arak? Mengapa tidak ambil contoh seperti mana langkah yang sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan? Apa langkah Kelantan? Menghadkan penjualan minuman ini, bukannya menyekat terus. Orang bukan Islam boleh terus membelinya. Salah kah, jika benar PAS menyuarakan pandangan tersebut?
Saya ingin menyorot satu fakta berkenaan arak. Minuman memabukkan ini yang dihalalkan di Barat menjadi punca kejadian banyak kes jenayah di sana. Institute of Alcohol Studies (siap ada institut lagi, cuba saudara bayangkan!) melaporkan 60 – 70 peratus kes pembunuhan, 75 peratus kes serangan bersenjata, 70 peratus kes pukul dan 50 peratus kes serangan dan pergaduhan rumah tangga di UK berlaku kerana pengaruh arak.
Ini komen dua sahabat rakyat Malaysia yang prihatin di blog ini:
(Vasantarao Appalasamy): Alkohol mendatangkan pelbagai keburukan kepada semua lapisan masyarakat! Taniah kepada PAS kerana tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi menititik beratkan kepentingan rakyat!
(Sahabat Anonymous): I am a Chinese, non-Muslim and I’m 100% supportive of the ban. Everyone knows intoxicated person can do a lot of harm to his own health, family members and others (e.g. drink driving, verbal abuses, fights, etc). It also wastes wealth.
To all non-Muslims - think rationally and see the harm alcohol can do and do not reject just because it comes from PAS. There are many Islamic practices which are good which unfortunately might not agree with the pleasures one wants to derive. Also, PAS did not propose to ban alcohol all together, just some restriction on its consumption.
Dalam al-Quran, Allah berkata, “Mereka bertanya kepadamu tentang meminum arak dan berjudi. Katakanlah, “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah ayat 219)
** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.
3 comments:
diam la ....
Cigarette got benefit ,, it also kill ,,, worst it kill others too ,, haram ,,, ban ,,haram,, ban ,,,,,,,,
Only stupid people want to take alcoholic drink.
I guess they want to destroy themselves, so be it as it is their choice BUT let it be known to them.
For Muslim, you know it is haram what the hell you want to drink it for.
The nation is going off track, we are doomed.
Post a Comment