Lesen jualan arak di Selangor disemak semula - Malaysiakini

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.

Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada
Malaysiakini. Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS di Selangor untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.

Sebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.


Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.


Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam - akan disemak semula.


"Mereka perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA," kata sumber-sumber tersebut.

Dalam perkembangan ini ketua publisiti DAP Tony Pua dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata PAS ‘bongkak dan sukar bekerjasama.” Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada PR boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata Tony Pua.

Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan.


Bagi saya langkah MBSA ini memang sangat baik. Inilah antara perkara yang saya inginkan dari PR, terutamanya PAS di Selangor.
Saya kira Tony Pua jangan cepat melatah. Apa yang ingin dilaksanakan ialah, sekali lagi, untuk kebakan umat Islam. Lagipun MBSA hanya “membataskan jualan minuman keras”, bukannya tidak membenarkan terus.

Ambil contoh di Kelantan, bukti sudah menunjukkan bahawa isu menghadkan penjualan arak ini bukan susah sangat. Jika mahu boleh buat. Cuma jangan jadikan perkara ini terlalu payah untuk dilaksanakan.


Saya tidak setuju dengan pandangan Tony Pua yang katanya “membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam”.
Ini kan untuk kepentingan orang Islam. Cuma hadkan jualan di kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam. Dalam masa yang sama masih banyak kedai-kedai yang diusahakan oleh kaum Cina dan premis lain yang diusahakan oleh orang bukan Islam yang masih menjualnya.

PAS FOR ALL!


We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

3 comments:

VASANTARAO APPALASAMY said...

Alkohol mendatangkan pelbagai keburukkan kepada semua lapisan masyarakat! Taniah kepada PAS kerana tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi menititikberatkan kepentingan rakyat!

Anonymous said...

I am a Chinese, non muslim and I m 100% supportive of the ban. Everyone knows intoxicated person can do a lot of harm to his own health, family members and others (e.g. drink driving, verbal abuses, fights,etc). It also wastes wealth.

To all non muslims - think rationaly and see the harm alcohol can do and do not reject just because it comes from PAS. There are many Islamic practises which are good which unfortunately might not agree with the pleasures one wants to derive. Also, PAS did not propose to ban alcohol all together, just some restriction on its consumption.

Anonymous said...

The decision to ban alcohol is not necessarily related to alcohol per se, but rather the move of PAS to control the minds of Muslims in this instance. Alcohol is merely an object pertaining to this. What non-Muslims and liberal Muslims object to is being told what to do and not what to do. They are adults and resent this and know how to decide what is right and wrong, morally or otherwise. This move by the Shah Alam Municipal Council is not wise, ill-advised and bound to split the PR.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger