JIM sokong siapa sahaja demi Islam – Presiden JIM

Jamaah Islah Malaysia (Jim) melihat Pakatan Rakyat boleh berjaya sekiranya ditubuhkan Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, Perjanjian Penubuhan Pakatan Rakyat serta Dasar-dasar Pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, kata Presiden Jim, Zaid Kamaruddin.

Zaid dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily bahawa ketiga-tiga perkara tersebut amat penting bagi Pakatan Rakyat, yang mana dengan adanya perjanjian Penubuhan Pakatan Rakyat, ia dapat memperincikan sekurang-kurangnya sifat, objektif serta proses membuat keputusan.


“Manakala dengan adanya Dasar-dasar Pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat. ia dapat menggariskan dasar pemerintahan kerajaan Pakatan serta pendirian bersama dalam isu-isu yang dipertikaikan seperti isu negara Islam serta kedudukan Islam dan Melayu.


"Perbezaan di antara parti-parti angota Pakatan Rakyat amat ketara. Pegangan parti yang berbeza dan berpunca daripada perbezaan ideologi politik tidak perlu ditolak. Tetapi langkah-langkah proaktif mesti diambil untuk memupuk pakatan berasaskan polisi yang dipersetujui bersama, untuk menjadi pasukan yang berkesan.


Menghormati perjanjian, menghormati rakan dan disiplin ahli menjadi penting dalam menjaga keutuhan pakatan seperti ini
.

Sementara itu, Zaid turut menyatakan sebagai sebuah NGO Islam, Jim ingin menyumbang untuk menjayakan Pakatan Rakyat dan Jim akan menyokong siapa sahaja yang boleh bekerja demi kepentingan Islam, ummah dan masyarakat serta menjadi sahabat yang kritis.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger