Shamsul Iskandar: Kerajaan mesti dipimpin - Malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri dengan tanpa banyak alasan segera "membersihkan kerajaan negeri daripada anasir BN".


"AMK dengan ini memberikan peringatan kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jangan berdolak-dalik dengan seribu satu alasan. Pembersihan kerajaan daripada anasir BN mesti dilaksanakan tanpa bertangguh," ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin sebagaimana dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata.

Seterusnya:

"Kita tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit hanya semata-mata untuk terus membolot peluang, tanpa menghayati falsafah perjuangan kita, tanpa menunjukkan komitmen untuk menghayati prinsip-prinsip perjuangan yang kita dukung.


"Sekarang rakyat telah memilih kita. Rakyat mahu kita melakukan perubahan. Salah satu perubahan yang telah kita janjikan ialah untuk membersihkan kerajaan daripada kebobrokan Umno-BN. Kenapa setelah rakyat memberikan kita amanah, kita cuai untuk melaksanakan janji ini?


"Pergantungan kepada birokrasi semata-mata, atau lebih malang kepada aparat-aparat BN, sudah tentu tidak memadai. Sudah barang tentu menjadi lelukon untuk kita terus membiarkan anasir-anasir BN berleluasa dan mengakar di dalam kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan.


"Selama ini kita mengkritik mereka sebagai (pengamal) rasuah, khianat kepada amanah rakyat dan sebagainya.

"Kita mengambil risiko, bermati-matian menentang mereka di dalam pilihanraya kerana kita mahu menggantikan mereka dengan pemimpin yang berintegriti di semua peringkat.

"Kerajaan mesti dipimpin, bukan semata-mata diurus,"


*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

1 comments:

Anonymous said...

Rightly said. What we need are leaders.
So start looking for it and surely we can find many but watch out for sycophants.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger