Mutakhir ini, banyak isu-isu yang dikatakan berbau perkauman dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin BN. Ia ditujukan kepada Umno khususnya dan menjurus kepada mempersoalkan isu sosial kontrak antara kaum. Apa sikap PAS dalam perkara ini?
Haji Hadi: Sikap PAS adalah jelas melalui kenyataan-kenyataan saya dan ucapan-ucapan saya iaitu ketuanan ini bukan hanya milik orang Melayu tetapi milik semua kaum.
Kalau kita bincang soal ketuanan, ia mestilah ketuanan semua kaum, tak kira Melayu, Cina dan
Oleh kerana majoriti rakyat adalah Islam maka dalam soal ini PAS tetap dengan pendirian kepimpinan Islam. Tetapi bukan bermakna kita akan meminggirkan agama lain. Kita menghormati agama lain dan penganutnya cuma kepimpinan yang PAS perjuangkan adalah kepimpinan Islam kerana ianya sudah menjadi dasar kita.
Sebagaimana yang disebut oleh ulama-ulama fekah, yang membincangkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang telah dihuraikan oleh Ibnu Khaldun yang dianggap bapa kepada ilmu sosiologi, yang menjadi rujukan kepada ilmu politik, ilmu ekonomi dan ilmu yang berkaitan dengan kemasyarakatan.
Beliau mengatakan di zaman awal Islam, kaum yang paling ramai menganut Islam adalah kaum Quraisy jadi pemimpin yang dipilih adalah dari kaum Quraisy.
Jadi bila sudah ada kaum lain yang menganut Islam dan kaum Arab pula semakin lemah, maka kaum lain pula dipilih menjadi pemimpin tetapi masih lagi penganut Islam.
Sebagai contohnya Sallehuddin Al-Ayubi daripada kaum lain. Ada juga pemimpin yang dipilih dari kalangan kaum yang menjadi hamba. Amerika baru sekarang melantik Obama yang datang dari bangsa yang menjadi hamba sedangkan Islam seribu tahun dulu sudah pun mengangkat golongan hamba menjadi pemimpin.
Maknanya Tuan Guru menegaskan orang yang layak untuk memimpin negara ini mesti dari kalangan Melayu beragama Islam... Begitu?
Haji Hadi: Ya. Begitulah dalam negara ini, kerana Islam dan Melayu merupakan yang majoriti maka pemimpin Islam dan Melayu yang diangkat menjadi pemimpin negara.
Perkara ini telah diterima oleh semua pihak, kita lihat MCA, MIC dan Gerakan pun menyokong pemimpin Umno yang beragama Islam dan berbangsa Melayu menjadi Perdana Menteri.
Cuma Umno meletakkan Islam di belakang tak seperti PAS yang meletakkan Islam menjadi keutamaan, di depan. Itu yang tak betul dengan Umno.
Islam diletakkan di belakang dan hanya memperjuangkan ketuanan Melayu sahaja sedangkan kalau kita bercakap tentang ketuanan mesti untuk semua kaum kerana mereka juga rakyat negara ini.
Jadi, kaum lain selain Melayu tak boleh memimpin negara ini? Itu dalam konteks sekarang. Bagaimana pada masa akan datang, masyarakat dan lanskap politik berubah?
Haji Hadi: Di Malaysia ini, kalau satu masa nanti orang Melayu sudah semakin kurang menguasai ilmu termasuk ilmu Islam dan kaum lain pula semakin ramai memeluk Islam dan menguasai semua bidang ilmu, maka tidak menjadi masalah lagi untuk diangkat kaum lain menjadi pemimpin dengan syarat mereka adalah Islam.
Jadi konsep ketuanan Melayu tidak selari dengan ketuanan Islam. Begitu?
Haji Hadi: Ya. Jelas sekali ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno itu tidak serasi dengan ketuanan Islam. (Sumber: Harakahdaily)
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
1 comments:
I suggest all leader stop to talk about this issue anymore. This not benefit us.
The important how to bring up Malaysian to be globalize.
Every body can claim they are Tuan, but if economy so bed, can you become Tuan???
Post a Comment