Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata, kerajaan negeri sedang memberi perhatian kepada isu perumahan Kampung Berembang yang sudah lama dibangkitkan sejak zaman pemerintahan terdahulu (BN) yang belum mendapat perhatian sewajarnya.
Berikutan itu kerajaan negeri akan memberi bantuan sewajarnya kepada 68 keluarga dari Kampung Berembang yang telah dikenal pasti untuk mendapat bantuan yang sepatutnya, seperti rumah pangsa.
Khalid berkata ini selaras dengan prinsip “Merakyatkan Ekonomi Selangor".
Untuk rekod, pada 7 Mac 2007, pemaju atas arahan sebuah syarikat tersenarai di bawah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - pemilik tanah tersebut - telah merobohkan semua rumah di Kampung Berembang yang wujud sejak 30 tahun lalu.
Perkampungan tersebut teletak kurang 10km dari Menara Berkembar KLCC dan didiami oleh kira-kira 470 penduduk.
Mereka yang menjalankan kerja-kerja meroboh rumah di situ dibantu oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Enam orang ditahan hari itu dan dua orang lagi cedera ketika pergelutan berlaku antara penduduk setinggan dengan anggota pihak berkuasa.
Iskandar Abdul Samad berkata semasa ucapan penggulungan bajet Selangor 2009 pada Oktober lepas:
“Dari segi menyelesaikan masalah peneroka bandar, kerajaan negeri bukannya tidak ada polisi, tetapi ianya tidaklah seperti polisi “Setinggan Sifar” yang untuk beberapa tahun menjadi bahan berita utama (tetapi “for the wrong reasons”).
“Kerajaan negeri tetap akan meningkatkan kualiti hidup mereka. Fokus adalah untuk meningkatkan kualiti hidup bukan untuk menghapuskan mereka seolah-olah para peneroka bandar adalah makhluk-makhluk perosak, penjenayah atau wabak penyakit.
“Cara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memindahkan peneroka bandar keluar dari penempatan-penempatan mereka adalah berlainan.”
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

1 comments:
syabas kerajaan selangor.
di sini, saya ingin juga meminta pemimpin-pemimpin pas agar berfikiran lebih terbuka dan berjiwa rakyat. jangan sesekali terkongkong dalam isu agama and muslim sahaja. kerana anda adalah pemimpin negeri and negara juga. kebajikan segenap lapisan rakyat harus dijaga.
Post a Comment