Kemaskini: “PPP president M Kayveas warned that his party will pull out of the Barisan Nasional coalition if the Internal Security Act (ISA) is not amended before the next elections. (Source: Malaysiakini).
Inilah jawapan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, seperti mana dipetik oleh Bernama. Saudara dan sahabat, memang UMNO akan terus rakus!
“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak.” Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.
“ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam.
"Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik," katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas yang akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Menurut Syed Hamid kini terdapat 48 tahanan ISA berbanding 75 sebelum ini dan tahanan itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika mendapati mereka benar-benar sudah pulih dan tidak mengancam keselamatan negara.
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
1 comments:
Hidup ISA! ISA perlu diteruskan! Hidup ISA! Hidup Melayu! Hidup UMNO!
Post a Comment