PPSMI: Lagi berhakim kepada BERUK

Blog Universiti PTS melaporkan bahawa mereka mendapat maklumat kakitangan Kementerian Pelajaran menapis senarai nama orang-orang yang boleh hadir dalam mesyuarat meja bulat ke-5 yang diadakan pada Selasa 16 Disember lalu.

Baca laporan seterusnya di bawah.


Sumber kita memaklumkan antara nama-nama mereka yang digam adalah Profesor Emeritus Dato' Dr. Ishak Harun. Beliau adalah antara pakar pendidikan yang menjalankan kajian prestasi PPSMI, dan hasil laporan itu pernah diterbitkan oleh akhbar NST.


Kakitangan di pejabat menteri pelajaran kita benar-benar, bak kata pepatah Melayu, berhakim kepada beruk. Mereka menjemput orang-orang yang tidak menjalankan kajian-kajian empiris tentang kesan PPSMI. Termasuk beruk-beruk itu adalah pakar luar negara yang dijemput membentangkan kertas kerja padahal beruk itu tidak pernah menjalankan kajian di negara ini.


Dalam pusingan ke-5 itu, Ketua Pengarah Pelajaran kita juga bersaksi kepada lutut kakinya sendiri apabila beliau hanya menjemput mereka yang menyokong dan menyebelahi dirinya.

Parti Gerakan membantah apabila parti itu tidak dijemput.


Berkaitan: Siapa berhakimkan beruk, bersaksikan lutut

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger