PPSMI: Siapa ‘beruk’ dari Victoria, Australia

Apabila kita membuat keputusan dengan mendengar nasihat daripada orang yang bodoh tentang sesuatu perkara, pepatah Melayu mengatakan kita 'berhakim kepada beruk'.

Dalam perundingan meja bulat ke-5 yang lalu, seorang 'beruk' dari negeri Victoria di Australia telah dijemput membentangkan kertas kerja. Beliau itu tidak pernah
menjalankan sebarang kajian empiris tentang proses dan prestasi pelaksanaan PPSMI di Malaysia. Maka, dalam kertas kerjanya beliau hanya bercerita panjang lebar tentang apa yang berlaku di negerinya.

Apakah tidak mungkin bahawa kehadiran 'beruk' itu ada kaitan dengan kontrak Kementerian Pelajaran membeli dan menggunakan bahan-bahan bacaan bergred dari Australia untuk semua sekolah-sekolah rendah di Malaysia?


Dalam pada itu dilaporkan oleh laman Universiti PTS bahawa sekumpulan pejuang-pejuang bahasa yang menamakan diri mereka KUMPULAN PRIHATIN telah menubuhkan tabung bagi membiayai proses membawa PPSMI ke mahkamah.

Berkaitan:
PPSMI: Lagi berhakim kepada BERUK

(Nota: PPSMI ialah singkatan kepada “pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris”.)

** Selamat bercuti semua. Semoga Malaysia akan lebih baik tahun 2009. Jika perlukan perkhidmatan KATERING, sila hubungi saya.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger