Bila orang sastera dan pejuang bahasa pun sudah berani berdiri teguh di pentas pembangkang bercakap mengenai rasuah dan penggunaan kuasa yang gila, bertambah semarak gelombang perubahan. Dari riak kecil beralun kini menjadi badai!
Sasterawan Negara, A.Samad Said (Pak Samad) kesal dengan budaya rasuah yang melanda Umno mutakhir ini yang baginya semakin parah.
Paling dikesali, pihak berkuasa hanya mengambil tindakan ke atas perasuah yang merasuah sekitar ratusan ringgit, sedangkan pemimpin yang merasuah hingga jutaan ringgit dibiarkan terlepas, kata SN Pak Samad seperti mana dipetik oleh Harakahdaily.
Walaupun beliau menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan ke atas beberapa ahli dan pimpinan bawahan Umno yang terbabit dengan rasuah, namun kelompok yang lebih tinggi yang merasuah dengan wang yang lebih banyak tidak pun dikenakan tindakan, dan ini dikesali, kata A.Samad Said."Rasuah ini yang bawah itu memberi dengan nilai yang kecil kerana ianya juga datang dari yang atas yang mempunyai dana yang besar.”
"Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tersilap memilih pemimpin yang menggantikannya, biarpun beliau berpengalaman memerintah selama 22 tahun, tetapi beliau mengakui silap memilih pengganti apabila memilih Abdullah Badawi ini.”
Umno mutakhir ini cenderung kepada rasuah, dan laporan demi laporan mengenai perihal rasuah Umno ini membuatkan rakyat semakin menolak parti ini, katanya.
Beliau seterusnya bimbang akan senario ini yang akhirnya hanya akan menghancurkan perjuangan masyarakat Melayu.
Beliau turut mengajak rakyat terutamanya kelompok muda hari ini melakukan perubahan.
Berkaitan: Isu PPSMI: SN Pak Samad di pentas PAS
Berkaitan: PPSMI: Dasar Bahasa di Universiti Nabi Muhammad
Dalam perkembangan lain laman web Unika melaporkan bahawa baru-baru ini Pak Samad telah berada di pentas markas PAS di Taman Melewar Kuala Lumpur bagi membacakan sebuah sajaknya yang mengkritik dasar-dasar kerajaan yang banyak merosakkan bahasa dan kebudayaan Melayu.
Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) dipetik sebagai berkata oleh laman berita Malaysiakini.
P/s: Saya baru balik dari menyediakan katering di Serdang, Selangor. Cuaca panas ketika ini.
1 comments:
Saya bukan Melayu tapi saya pencinta Bahas Melayu dan sanggup mati membela Bahasa Melayu sebagai bahasa yang unggul dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Dr Mahathir merupakan pengkhianat terhadap Bangsa Melayu dan bangsa Malaysia dengan menukar Sains dan mathematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini bercangah dengan Dasar Pelajaran Kebangsan dan yang anihnya masalahnya bukan pada Bahasa Melayu tapi pada kaedah dan perlaksanaan Bahaha Inggeris. Saya tidak nafikan kepentingan Bahasa Inggeris dan saya mahu rakyat kita menguasainya tapi bukan dengan cara merendahkan kedaulatan Bahasa Melayu. Lihatlah negara-negara jiran kita yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu dan bukankah mereka maju? Buat apa kita sendiri harus merendahkan martabat Bahasa Melayu? Kita harus berusaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahas berilmiah dan labih-lebih lagi kita harus berbangga dengan bahasa kita.
Post a Comment