Lagi-lagi PAS masuk UMNO. Apahal!?

"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN. Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya dari al-Quran dan al-Sunnah.

"Al-Quran dan al-Sunnahah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula untuk berdamai.


"PAS bukan sekadar parti pembangkang - asal bantah sahaja semua tindakan parti kerajaan tetapi PAS kini adalah sebuah parti Islam yang telah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdekat dan membawa pimpinan alternatif kepada seluruh Malaysia dengan izin Allah.” (
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa)

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menentang sebarang usaha ke arah menjalin hubungan dengan Umno dan BN. Jangan ada pemimpin PAS yang gatal dan tidak malu serta lupakan perjuangan Islam yang dibawa. Jangan tamak dengan politik keduniaan. Saya sebagai pendokong perjuangan Islam MENENTANG SEKERAS-KERASNYA! ADA FAHAM!?


Ucapan penuh Nasharudin di sini.

Laporan seorang sahabat di sini.

1 comments:

org memali said...

Kita percaya PAS tidak akan masuk UMNO ,begitu juga sebaliknya . Perjuangan PAS walaupun hampir sama dengan UMNO ,kebarangkalian untuk bersatu adalah rendah . Terdapat banyak faktor dan salah satunya adalah perkongsian kuasa dimana masalah ini tidak ada kompromi dan mungkin tidak ada kata putus dlm hal ini . Rakyat juga tidak setuju bila keadaan ini berlaku tapi ini percaturan org atas dan apapun rakyat lebih suka jika org melayu bersatu dan berkasihsayang tanpa rasa perasaan hasad dan cemburu yg tidak memberi faedah kepada ugama ,bangsa dan negara . Jgn sbb ingin berkuasa kita gadai segalanya.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger