Perpaduan di Manek Urai: Media diingatkan jangan 'kurang ajar'

Media arus perdana (baca: arus menyongsang!) diingatkan jangan bersikap 'kurang ajar' dengan memutar belitkan isu 'Kerajaan Perpaduan' yang disarankan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Media berkenaan sengaja mahu melagakan pandangan dua tokoh utama PAS iaitu Musyidur Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden dalam isu berkenaan agar perpecahan dalaman PAS berlaku.


Demikian pendapat Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Hussain dalam kenyataanya menerusi e-mail pada Harakahdaily, seperti mana dipetik oleh akhbar PAS tersebut.


Punca utama media arus perdana bertindak begitu kerana mahukan kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) dipulihkan kembali setelah parti itu kelihatan lelah dan letih dalam pertarungan politik bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, KeADILan dan DAP.


Itulah juga komentar saya.

Mengapa terjadi sebegini? Mengapa UMNO/BN dan tangan-tangan ‘jahanam’ mereka begitu sibuk dengan PAS dan kepimpinannya? Tidak lain tidak bukan ianya kerana PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sudah menunjukkan bahawa gabungan ini boleh memimpin negara. UMNO/BN tahu bahawa jika mereka tidak ‘menjalankan perang saraf’ serta mencucuk jarum ‘jahanam’ mereka, BN akan hancur pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Baca lagi di sini: Jangan jadi umpama monyet di zoo.
Berkaitan:
Manek Urai: Bermula onar jahanam UMNO untuk merampas hak rakyat
Berkaitan: Oh Malaysiaku: Isu Melayu (hagemoni UMNO?) dan ketuanan

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger