1Malaysia dan Manek Urai: Najib BN baru sedarkah? – Anuar Tan

Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksana kerajaan Kelantan sejak 1990 ternyata turut diterima rakyat pelbagai kaum di negeri ini. Ia mencerminkan seakan-akan konsep 1Kelantan apabila semua kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa di bawah dasar tersebut.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sedar konsep tersebut sedangkan ia sudah lama diamalkan di Kelantan kini hampir 20 tahun.

Sedangkan konsep 1Malaysia baru diperkenalkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak selepas mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi April lalu.

"Konsep 1Kelantan dibuktikan apabila masyarakat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup aman damai. Mereka seperti satu keluarga.

"Keadaan itu berlaku kerana Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal lagi menekankan semua manusia adalah sama kerana berasal dari Nabi Adam dan Hawa.”

Beliau berkata, konsep 1Kelantan kini diterima pula rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada pilihan raya umum lalu setelah berjaya menolak kerajaan BN.

(P/s: 1Malaysia hanyalah retorik Najib yang ibarat mimpi indah!)

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger