DAP Kedah/Perlis masuk BN lah!

Malaysiakini melaporkan bahawa DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut. Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut. Dan pada kira-kira jam 5 petang semalam, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibu pejabat DAP pusat akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.


Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan dipetik oleh blog Perisik Rakyat sebagai berkata:

"Saya tak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan apatah lagi itu keperluan mereka, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan beri kerjasama. Saya telah meminta mereka mencari tampat baru dulu tapi mereka bohong, selepas sebulan tiada apa-apa dan sekarang (bila dirobohkan) mereka hendak keluar (dari PR Kedah). Keluarlah kalau DAP Kedah lebih berkuasa dari DAP pusat.


"Saya serahkan kepada PAS pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat Pusat untuk menilai dan menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa.....seolah-olah mahu kembalikan kerajaan Kedah kepada depa (BN).


"Dulu semasa berbincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau, sekarang pun kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun depa (mereka) kacau,” katanya.

Apa komen saudara? DAP Kedah/Perlis masuk BN lah, lagi baik. Buat kacau PR sahaja. DAP Kedah/Perlis terlalu bersentimen tanpa usul periksa. Melatah bagai UMNO. Elok sangatlah!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger