Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu – novel Islami

Selesai sudah saya membaca dan menelaah novel Cinta Sang Ratu, sequel dari novel Bagaikan Puteri. Dari mula saya mengenali saudara Ramlee Awang Murshid lewat novel-novelnya, ternyata saya tidak menyesal memiliki karya beliau. Sarat dengan mesej perjuangan dan ketuhanan.

Walaupun Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu diketegorikan dalam genre thriller, namun dengan mesej-mesej Islam dan isu ketuhanan yang berjaya diadunkan secara baik dalam inti pati novel, boleh saya masukkan ia dalam kategori novel Islami. Kedua-dua novel ini tidak menjemukan, walaupun dalam Cinta Sang Ratu masih lagi berlegar-legar di persekitaran abad ke-21 dan akhir abad ke-15.

Plot dan sub-plot yang yang disusun sedemikian rupa yang akhirnya menemukan titik jalan cerita keseluruhan, cukup indah dan menarik, walaupun ada sedikit nada berulangan, terutamanya dalam Cinta Sang Ratu.

Kalau dulu saya meminati karya Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said, Datuk Shahnon Ahmad dan Arena Wati, kehadiran Ramlee ke persada sastera tanah air boleh dibanggakan. Beliau sebagai generasi muda berjaya mencipta nama dalam arus sastera dengan pendekatan berbeza dari arus utama novel Melayu.

Sekiranya novel Ayat-Ayat Cinta berjaya mengenengahkan sebuah novel cinta Islami di Indonesia dan Malaysia, dua novel Ramlee ini juga turut boleh kita masukkan dalam kategori ini. Cuma situasi jalan cerita agak berlainan kerana ianya adalah novel perjuangan bagi menegakkan Islam yang suci, mempasakkan matlamat kepada cinta Allah dan Rasulullah (Sallallah-hualaihiwasallam). Kehebatan Laksamana Sunan ditambah lagi dengan kesungguhan beliau dalam menegakkan sunnah Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallah-hualaihiwasallam) dalam memerangi musuh dan mengharungi dunia cinta.

Satu sahaja frasa yang saya kurang setuju. Kata Ramlee dalam Bagaikan Puteri, “Hanya kerana cinta…manusia sanggup berperang”. Menurut hemat saya, frasa yang lebih tepat ialah “Kerana cinta…manusia sanggup berperang.” Bukankah kerana cinta kepada diri yang terasa lebih mulia menyebabkan iblis melanggar perintah Tuhan tatkala diperintah sujud kepada Nabi Adam? Bukankah kerana cinta kepada Allah dan Islam, Nabi Muhammad dan para sahabat berperang memerangi kafir di tanah Arab?

Dan bukankah kerana cinta kepada nafsu, puak Yahudi terus menerus memporak-perandakan dunia ini melalui peperangan?

Wallahualam.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger