TG Nik Aziz kumpul harta RM10 juta dan PAS perangai biadap?

Gambar ini saya ambil dari blog ParpuKari di bawah tajuk “PAS OH PAS! CAKAP TAK SERUPA BIKIN!”. Saya cukup sedih dan amat terkilan. Jom baca dan nilaikan! Dengan nama Allah, pimpinan PAS, tolong jawab, please. Klik gambar untuk besarkan.

Komentar atau tuduhan ini pula saya ambil dari blog Depa Kata. Baca dan hujahkan kembali.


Yang pastinya, saya tidak akan menari meliuk-lintuk umpama ular dalam bakul bila UMNO meniup serunai!
'Kepimpinan ulama’, 'membangun bersama Islam', 'Quran perlembagaan kami' dan la ni 'Islam untuk semua'. Itulah slogan perjuangan PAS yang nampak sangat baik. Tetapi pengikut PAS ramai yang biadap.

Lebai dah banyak kali menulis dalam blog ini mengenai sikap ahli PAS yang cakap tak serupa bikin, perangai tidak mencerminkan nilai dan maruah Islam. Macam biasalah, lebai kena hentam oleh pengikut-pengikut PAS yang taksub kerana kejahilan mereka. Kalau ikut penceramah PAS di Manek Urai, “undi PAS dapat pahala”. Apa kitab depa baca pun tak tahulah.


Sikap biadap mereka jelas dengan dua kejadian di Manek Urai. Dua orang puteri UMNO masuk hospital di baling batu oleh penyokong PAS dan Mahyuddin Yassin di maki oleh mereka. Orang PAS nanti jawab, “daklah, tu bukan kerja kami, surat khabar saja putar belit, atau orang UMNO saja nak buat isu”. Lebai tidak hairan jawapan yang seperti ini kerana Wakil Rakyat PAS pun memberi jawapan yang sama.


Dalam satu debat di Pulau Pinang, YB Mujahid Yusof Rawa dengan Ust Affendi , EXCO Pemuda UMNO, jawapan serupa diberikan. Bila Effendi bertanya, “mengapa Tok Guru kata UMNO itu komunis dan pengikut Ayah Pin”. Mujahid menjawab, “ ahhh, tidaklah Tok Guru tak kata gitu, itu mainan akhbar pro kerajaan sahaja”. Bila di tanya lagi, “ mengapa dulu PAS kafirkan UMNO bila berkawan dengan MCA dan MIC, tetapi tidak kafir bila PAS berkawan dengan DAP”. Mujahid jawab, "oh itu isu lapuk, dah tak relevan lagi”. Orang puteh kata, jawapan“low quality”.


Inilah nilai yang ada pada orang PAS, kalau UMNO buat, salah, haram, tak ikut al Quran. Tetapi kalau PAS yang buat, yang haram jadi halal (berkawan dengan DAP). Di Manek Urai, bila Pejabat Pelajaran Daerah memberikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada pelajar-pelajar, PAS kata, itu rasuah politik. Tetapi bila Tok Guru menyampaikan bantuan , baja, kambing dan benih, semasa kempen pilihanraya, PAS kata, ini tanggung jawab kerajaan.


PAS dah tak boleh nak memperbudak-budakan masyarakat lama-lama, keputusan di Manek Urai, kubu kuat PAS, majoriti dah tinggal 65 sahaja (undi rosak 117). Seluruh jentera Kerajaan PAS Kelantan membantu dan hampir seluruh kekuatan Pakatan Rakyat juga membantu. Anwar Ibrahim, Tan Seng Giew dan Lim Guan Eng turut berkempen untuk PAS di Manek Urai. Agaknya apa ayat yang Lim Guan Eng dan Tan Seng Giew baca di sana.
Insya Allah kita jumpa lagi di Galas, Gua Musang.
Artikel asal: PAS...BILA BERPOLITIK IKUT SEDAP, PERANGAI PUN JADI BIADAP

Doa saya, "Ya Allah, Kau hinakanlah orang yang membuat tuduhan dan melemparkan fitnah terhadap Tok Guru Dato' Nik Abdil Aziz bin Nik Mat ini. Amin ya Rabbal 'Alamin."

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger