UMNO tabur janji di Manek Urai, biasalah!

Setiap kali menjelang pilihan raya pastinya rakyat diumpan dengan pelbagai janji. Janjilah senjata akhir yang ditabur bagi menarik simpati orang ramai.

Begitu juga di Manek Urai sekarang janji yang manis di bibir diulang tayang lagi. Niat di hati untuk menarik pengundi. Penduduk Manek Urai dapat mendengar sendiri pelbagai janji yang disogok kepada mereka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dipetik Harakahdaily sebagai berkata bahawa, “janji merupakan budaya tidak berkesudahan kerana sudah lama berakar umbi dalam UMNO sejak dahulu sehingga sekarang setiap kali menjelang pilihan raya.”

"Umno boleh berjanji apa sahaja sebab itu sudah menjadi trend mereka, tapi kita yakin khususnya pengundi-pengundi Manek Urai sudah masak dengan keadaan ini. Rakyat boleh melihat dengan mata kepalanya sendiri.

UMNO memang sudah biasa dengan janji. Janji bahawa akan dibawa cinta sepenuh jiwa juga sebesar dunia. Sarat kasih yang muluk-muluk. Akhirnya janji dimungkiri, juga cinta ditabur seumpama racun berbisa!

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...

UMNO tabur 1,000 janji itu biasa dan PAS tabur 1,000 fitnah dan maki hamun juga biasa...

Web Sutera said...

Alhamdulillah atas 'nasihat' sdr Anonymous.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger