Mengapa dua buah buku ini saya kategorikan sebagai ditulis oleh Syaitan? Justeru nama penulis dan penerbit tidak dicatat, maka pasti ianya ditulis oleh Syaitan yang baru bangkit dari kubur hanyir!
Buku dan penerbitan yang berwibawa meletakkan nama penulis dan penerbit di bahagian tertentu buku. Jika salah satu atau kedua-duanya tiada, maka maklumat yang dimuatkan ibarat sampah yang busuk lagi hanyir. Hanya layak dibuang ke dalam tong najis!
Buku tanpa penulis dan penerbitnya berjaya dikutip oleh anggota Angkatan Muda PKR di beberapa tempat tumpuan ramai di Petaling Jaya, Subang dan Damansara, dua minggu lepas. Edaran di tempat-tempat lain di negeri itu tidak dapat dipastikan, lapor laman berita Malaysiakini. Baca seterusnya.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, ketua angkatan itu Shamsul Iskandar Md Akin berkata, setelah menyedari buku itu, beliau mengerahkan anggota pergerakan itu kutip semua dan bawa balik ke pejabatnya.
Tentang kepimpinan Khalid, buku itu antaranya mempersoalkan tindakan Selangor menambah peruntukan tahunan untuk rumah ibadat bukan Islam, bantuan kepada sekolah Cina dan Tamil, dan cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Tiga keping foto seorang exconya Elizabeth Wong, yang dilanda kontroversi berhubung isu gambar intimnya Februari lalu, turut dimuatkan.
Sebuah lagi buku dikhaskan bagi menjawab kenyataan Anwar, antaranya, berhubung dakwaan berlakunya konspirasi berhubung kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.
Menjelaskan penemuan buku itu, Shamsul berkata, pihaknya berjaya mengutip kira-kira 600 naskhah kedua-dua buku itu yang dilonggokkan di perhentian-perhentian bas pada malam 10 Ogos lalu.
Ditanya tindakan lanjut pergerakan itu, pengamal undang-undang itu berkata, mereka sedang mengumpulkan bukti dan bercadang mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit.
"Kita sedang kumpul bukti. Buku ini 'buku layang', tiada nama penulis dan tiada nama penerbitnya. Kita syak (pengedarannya) ada kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan Selangor. Tetapi setakat ini bukti belum cukup," katanya.
Minggu lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina turut melaporkan, ketua penerangan PKR Selangor, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew mendedahkan penyebaran dua buku itu dalam ceramahnya.
Berkaitan: Untuk PM Najib: Majalah lucah Mangga mengapa tidak diharamkan?
0 comments:
Post a Comment