PPSMI: Bahasa Melayu diperhina terus oleh Kerajaan – Pak Samad

Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.

Jumaat ini (hari ini, 21 Ogos 2009), empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen bagi memenangkan calon PAS Mohd Salleh Man atas pendiriannya membantah dasar kontroversi itu, lapor Malaysiakini.

Setiausaha gabungan NGO itu Hasni Abas memberitahu bahawa Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.

"GMP akan berada di Permatang Pasir pada 21 Ogos malam. Pak Samad dan exco GMP akan ke sana," jelas Hasni, juga pengerusi kesatuan sekerja kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger