Kes ‘kepala lembu’ ekstrem: Mahyuddin ahli PAS?

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut kelmarin masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedah siasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23. Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

What?! You
ahli PAS? Betulkah saudara Mahyuddin? Jika benar apahal saudara melatah bagai hendak rak ini? Ada PAS dan Islam mengajar sebegitu?

Saudara Mahyuddin, pergi mengaji dan baca Quran dulu. Jangan hanya pakai kopiah putih tidak tentu hala!
Jangan jadi MELAYU tapi jadi orang ISLAM!

Berkaitan:
Persoalan Kuil Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris
Islam itu persahabatan


Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah kelmarin di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi semalam (29 Ogos 2009), Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.


"Mana-mana tempat yang dia hendak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, polis perlu bertindak.


"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku," kata Khalid.


Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS negeri Kelantan Ustaz Muhammad Mustafa berkata, selain menyinggung perasaan penganut agama Hindu, tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum.


Saudara Mahyuddin, baca Quran ayat 108 dari Surah al-An’aam. Maksudnya:

“Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Untuk saudara Mahyuddin dan para demotrans juga, ini khusus untuk saudara. “Saya mungkin ekstrem dalam mengamalkan ajaran Islam. Tetapi saya tidak ekstrem dalam tindakan yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad (Sallallah-hualaihiwassallam) dan Allah.”

2 comments:

Anonymous said...

My dear Muslim friends, as a Hindu I believe that this is not the how the Muslims will react for such sensitive matter. All I know is some politicians is playing on religious and racial card for their political agenda. Everyone(Malaysians), knows about it. So let us stand together to preserve harmony and peace in this land.

Web Sutera said...

Yes, brother Anonymous. I strongly agreed with your consent. May God bless Malaysia & its rakyat.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger