Jeff Ooi perlu tarik balik kenyataan dangkal

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (foto kiri) supaya menarik balik kenyataannya yang menamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan 'ekstremis agama'.

Bernama melaporkan Guan Eng berkata, “jika Ooi ada mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan JIM sebagai sebuah pertubuhan ekstremis agama, Ooi perlu meminta maaf.” Namun menurutnya, bagi kerajaan negeri pula ia tidak pernah menganggap pertubuhan itu sebagai ekstremis.


Ya, seperti biasa Lim Guan Eng bersikap telus dan bertolerensi. Beliau merupakan antara pemimpin DAP yang patut dicontohi. Tidak seperti Ooi, jika benar itu yang YB Jelutong ini katakan.


Tanpa menyalahkan Pakatan Rakyat dalam hal kelatahan Ooi ini, saya kira ahli DAP itu terlalu beremosi dan ternyata bahawa dia kurang matang dalam berpolitik. Ooi yang saya kenali sebagai wartawan dahulu seolah-olah terbelenggu dalam pemikiran jumud seperti mana yang diamalkan oleh sesetengah orang Melayu dalam UMNO.


Ooi juga dilaporkan berkata MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri dilihat mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.


Saudara Ooi, adakah semua orang Islam yang bercita-cita ingin mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini adalah ekstremis? Jika begitu, semua ahli PAS dan sebahagian besar umat Islam (selain UMNO) adalah ekstremis. Apakah pemahaman dangkal sebegini yang saudara Ooi pegang?


Berkaitan:
Jeff Ooi tarik balik 'JIM ekstremis'

Jeff Ooi MELATAH dan BIADAP tuduh JIM ekstremis agama

Islam itu persahabatan

Beri galakan supaya bukan-Islam memahami al-Quran

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger