Mat Kilau, baktimu dikenang 1Malaysia?

27 Ramadhan 1430H: Saya bukan anak jati Pahang. Tetapi kedua-dua aruah ibubapa saya menetap dan menjadi warga Pahang selama lebih 30 tahun. Saya dan adik beradik yang lain dibesarkan di Pahang.

Kampung halaman saya dibesarkan terletak berhampiran Kampung Pulau Tawar (lebih kurang 10 minit jika berkereta), sebuah penempatan tradisional Melayu yang terkenal dengan sejarah kepahlawanan Mat Kilau. Walaupun saya tidak bersekolah menengah di sana, tetapi tiga adik saya besekolah di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar. Seorang bersekolah di Sekolah Menengah Pulau Tawar.

Di kampung inilah Mat Kilau dilahirkan. Sebelum jalan baru siap dari simpang Jengka 8 ke bandar Jerantut, penduduk sekitar menggunakan jalan yang dibina penjajah British untuk ke bandar Jerantut. Jalan yang bengkang-bengkok itu melalui pusat kehidupan Kampung Pulau Tawar. Namun apabila jalan baru siap, kampung bersejarah tersebut seolah-olah ditelan kabus masa. Begitu juga Mat Kilau, Tok Gajah, pahlawan Pahang yang lain dan sejarah gemilang yang ditinta mereka di sana. Semakin luput atau sengaja cuba untuk dilupakan?

Keluarga saya ada menyimpan sekeping foto Mat Kilau di sekitar akhir tahun 70-an dan awal 80-an. Foto tersebut masih utuh dalam koleksi peribadi keluarga saya di Jerantut, Pahang.

Gua Kota Gelanggi yang bersejarah itu juga terbiar. Semasa masih belajar di universiti, saya selalu ‘merayau’ ke sana. Kali terakhir saya mengunjungi ke sana (dua tahun lepas) bersama-sama beberapa rakan dari Kuala Lumpur, kelihatan pintu masuk dan ruang pameran gua itu juga terkunci rapat. Malah kelihatan seakan-akan rumah tinggal. Tidak terjaga. Mengapa?

Baca seterusnya....

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger