N31 Bagan Pinang: Undi pos undi kotor, kata TG Abdul Hadi

18 Ramadhan 1430H: Sahabat, di salah satu lapis langit ada satu benda atau binaan yang bernama Baitul Makmur, seumpama Kaabah di Mekah. Baitul Makmur itu akan dikelilingi (tawaf) oleh para malaikat sambil memuji Allah.

Justeru terlalu ramainya malaikat maka setiap seorang malaikat tersebut tidak akan berjaya tawaf Baitul Makmur itu dua kali sehingga tiba hari kiamat. Maksudnya giliran seorang malaikat untuk mengelilingi Baitul Makmur lebih dari sekali tidak kesampaian lantaran terlalu ramai. Jika di muka bumi, setiap jemaah haji atau umrah berjaya tawaf Kaabah berkali-kali.

Seramai itulah juga malaikat yang akan turun ke bumi di malam al-Qadar. Subhanallah! Bayangkan berapa ramai melaikat dengan setiap satunya mempunyai banyak sayap meliputi muka bumi ini. Payah untuk kita bayangkan malaikat yang memiliki banyak sayap. Kita hanya dapat bayangkan maksimum empat sayap di badan serangga.

Turunnya malaikat ke langit dunia untuk memberi salam kesejahteraan kepada setiap manusia yang baramal di malam itu. Bayangkan jika kita baca Quran waktu itu. Pahala bacaan untuk 1,000 bulan.

Jika seorang hamba sedang solat terawikh, tahajud, dan/atau taubat serta berdoa/munajat, bayangkan hamba itu bersolat/berdoa sampai mati, tidak henti-henti, tanpa makan dan minum. SUBHANALLAH! Salam itu adalah doa sejahtera malaikat yang diketuai oleh Jibrail. Ia benar-benar mustajab kerana ia akan terus diangkat ke hadrat Allah tanpa sebarang hijab.

Justeru itu, jom kita panjatkan doa, harapan dan hajat ke hadrat Allah di sepuluh malam terakhir Ramadhan 1430 Hijrah supaya memenangkan PAS/Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Walaupun Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan kebimbangan terhadap undi pos dan menjadi mimpi ngeri bagi PAS, namun undi pos dari Allah tiada siapa dapat menghalang.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi. Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata Tuan Guru Hadi Hadi.


Berkaitan: Malam al-Qadar: Malaikat bersayap turun ke bumi sampaikan salam kesejahteraan

2 comments:

kelambuharimau said...

inilah antara permainan pakatan jahanam meletakkan agama sebagai landasan berpolitik..bertaubatlah sebelum mati woi.

Buana Ini said...

Sdr Kelambuharimau, alhamdulillah. Sama-samalah kita bertaubat. Semoga Allah ampunkan kita di bulan Ramadhan ini. Amin!

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger