
Aku tidak menegur mereka berdua kerana waktu Asar sudah lewat. Aku terus mengangkat takbir. Sebaik selesai berdoa, aku terus berdiri ingin keluar pulang ke rumah.
“Assalamualaikum, bang,” tegur salah seorang hamba Allah yang bersandar di tepi dinding tadi.
“Alaikumsalam warahmatullah,” jawab aku ringkas sambil menoleh ke arah mereka.
"Abang dari mana?,” dia bertanya.
“Saya baru balik dari kerja. Singgah sekejap untuk solat Asar. Sudah lewat, takut tidak sempat tiba di rumah nanti,” jelasku.
“Abang kerja apa?,” soal dia lagi sambil memandang aku.
Aku terus merapati kepada kedua-dua hamba Allah itu dan menghulurkan kedua-dua tangan untuk bersalam. Salam bersambut dengan erat. “Apa hal?”, tanya saya agak kehairanan.
“Kami berdua sudah dua hari tinggal di masjid ini. Kerja tiada. Abang ada apa-apa kerja yang boleh kami buat?’, tanya dia lagi sambil memandang rakan yang agak gempal di sebelah.
Baca seterusnya.....
0 comments:
Post a Comment