Bila kekeringan idea untuk menulis, merintih dan berdoa kepada Allah - Ramlee

Penghasilan novel-novel genre thriller dan aksi oleh karyawan tempatan sememangnya agak kurang di persada penulisan. Menyedari dilema itu, Alaf 21 bingkas mencari inisiatif untuk menggalakkan kemunculan karya-karya berkualiti daripada genre tersebut melalui penganjuran ‘Bengkel Penulisan Novel Thriller dan Aksi’.

Bengkel tersebut yang diadakan di Akademi Karangkraf, Shah Alam pada 14 November 2009 lalu menampilkan dua novelis terkenal sebagai penceramah iaitu Ramlee Awang Murshid dan Eyman Haikal.


Biarpun sibuk, mereka berdua sanggup mengenepikan sebentar tugasan harian bagi meluangkan masa berkongsi idea dan pengalaman bersama-sama para peserta.


Penulis novel thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid tidak lokek memberi pendapat dan berkongsi rahsia tentang teknik-teknik terbaik yang diamalkannya ketika menulis karya.

“Sebenarnya, saya juga sering kekeringan idea untuk menulis, namun saya tidak putus-putus merintih dan berdoa kepada Allah agar memudahkan kerja saya. Alhamdullillah ia berjaya,” jelas Ramlee.
Beliau menggesa para peserta agar beristighfar dan memohon pertolongan Allah dengan sepenuh hati kerana tanpa hidayahNya, pasti buntu usaha yang dirancangkan. Menurut Ramlee lagi, internet juga menjadi sumber rujukan utama ketika beliau mengkaji tentang subjek novelnya.

Dahulu saya mencari maklumat dengan membaca buku di kedai buku. Maklumlah hendak beli tak mampu jadi terpaksa baca saja di situ,” jelasnya lagi.


Sementara itu, novelis Eyman Hykal pula mencadangkan supaya para peserta membayangkan watak-watak dalam karya mereka mengikut watak-watak yang pernah ditonton dalam filem atau wajah selebriti.


Kadangkala saya akan merujuk pada gambar seseorang karakter dalam filem, terutamanya Johnny Depp bagi memudahkan saya menerangkan personaliti dalam novel saya,” kata Eyman.
Beliau juga menyatakan bahawa karier menulis novel juga memerlukan seseorang itu memikul tanggungjawab besar. Menurutnya, kandungan novel yang ditulis perlulah mempunyai mesej positif di samping tidak melampaui batas-batas agama.
Novel ini kekal lama dan dibaca oleh ramai orang. Jadi, kita perlu menerapkan nilai-nilai moral yang baik supaya ia akan sentiasa relevan dengan budaya dan agama,” jelasnya yang sudah menghasilkan tiga buah novel bersama Alaf 21.
Selain mendengar penerangan daripada kedua-dua penceramah, para peserta juga diberi kesempatan menonton sedutan sebuah filem bercorak thriller dan penyiasatan. Setelah menonton filem tersebut, para peserta dapat memahami cara menggunakan teknik-teknik asas penulisan novel.

Para peserta yang kebanyakannya adalah peminat setia hasil tulisan Ramlee dan Eyman ternyata gembira dapat menerima tunjuk ajar daripada idola mereka.


Salah seorang peserta, Mazni al-Irfan Jani kagum dengan penyampaian informasi mereka kerana ia terperinci dan mudah dipraktikkan.
Siapa sangka, sebenarnya dengan mengambil contoh dari isi kandungan dalam akhbar pun boleh menghasilkan satu cerita novel. Saya berterima kasih kerana Alaf 21 mengadakan kursus ini,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Bagi seorang lagi peserta, Rosimah Abd. Manan, ilmu yang diterima dalam bengkel ini amat berharga dan beliau berharap ia dapat membantunya menyiapkan buah tangannya satu hari nanti.


“Sebelum ini, saya memang tercari-cari bengkel penulisan seumpama ini. Jadi, saya memang tidak melepaskan peluang belajar daripada penulis idola saya iaitu Ramlee,
” ujarnya yang berharap bengkel seperti lebih kerap diadakan.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta, Alif Firdaus Azis pula menyifatkan bengkel anjuran Alaf 21 ini memang bagus dan tepat pada masanya.


“Kini, ramai penulis muda mahu menulis novel. Kesempatan mendapat tunjuk ajar daripada penulis berjaya dapat membantu kami mengelakkan kesilapan dalam menulis novel,”
komen Alif yang tinggal di Jalan Klang Lama.

Para peserta yang hadir ke bengkel penulisan ini bukan sahaja datang dari sekitar Lembah Klang, malah terdapat peserta yang datang dari Kelantan, Perak dan Kedah. Mereka semua amat berpuas hati dengan perjalanan bengkel malahan meminta agar penganjur dapat merancang sesuatu bengkel penulisan dalam skala besar pada masa depan.

Pautan: Novelis Ramlee Awang Murshid

Membangunkan bakat-bakat sasterawan-agamawan

Air mata bergenang bila membaca Meniti Maut
Pesta Buku KL: Rangsangan slogan penjajahan Gold, Glory dan Gospel

2 comments:

Anonymous said...

insyaalllah..
rq mmg nak buat novel..doakan kite berjaya ye buat novel impian kite...heeeee

Web Sutera said...

Assalamualaikum sdr Jane a.k.a RQ. Bagus cita-cita itu. But please, jangan novel cinta aaa..

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger