Tidak syak lagi! Proses kudeta terus berlangsung. Tetapi sebenarnya semua itu lebih membuka pekung BUSUK UMNO/BN Selangor! Semua orang tahu. Yang masih tidak mahu buka minda ialah akhbar-akhbar milik mereka. Dia orang ingat rakyat seperti aku ini mudah terpedaya. Tidak sama sekali!
Saudara Khalil Idham Lim menulis dalam Harakahdaily bahawa media arus perdana yang pro-kerajaan hari ini semacam secara terancang mula menyiarkan dan membesar-besarkan berita mengenai sekumpulan yang saya anggap sebagai pelakon upahan baru bagi menjayakan rancangan licik bagi melemahkah Pakatan Rakyat.
“Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.
“Sekali dengar dan menyaksikan pemberitaan mengenai kumpulan ini seolah mengambarkan betapa Pakatan Rakyat sudah dalam keadaan benar-benar tersepit dan dalam keadaan bahaya akibat dari himpunan haram yang dihalalkan oleh Umno itu.
“Namun suka saya ingatkan bahawa inilah sebenarnya tembelang dan satu tindakan bodoh yang semakin meneggelamkan Umno di negeri Selangor khususnya.
“Tindakan Umno menaja sekelompok yang sangat kecil jumlahnya itu untuk kononnya menunjukkan ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dan mendesak dengan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar' sebenarnya memberi isyarat yang jelas itu adalah permainan dan slogan yang dimainkan Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Saudara, macam biasa dengar slogan sepanduk sedemikian, bukan? Ah! Semua orang sudah tahu. Aku tidak akan menari meliuk lintuk umpama ular apabila serunai ditiup, wahai UMNO!
“Sebenarnya kumpulan yang sekecil itu adalah kumpulan yang sama sekali tidak boleh mengambarkan itulah hasrat dan perangai ahli PAS yang kononnya bencikan sangat kepada Pakatan Rakyat. Sebaliknya itulah kebimbangan Umno yang dibawa oleh kumpulan itu.”
Sementara itu Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung tindakan seorang peserta demonstrasi yang didakwa menyamar sebagai ahli parti. Aduan yang sama turut dibuat terhadap lain-lain peserta demonstrasi itu, semalam.
Timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib membuat laporan itu di Shah Alam tengah hari tadi (28 Dis. 2009), menggesa polis menyiasat perhimpunan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.
Manakala Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain pula tidak menolak kemungkinan demontrasi "mendesak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat "di Selangor itu merupakan suatu usaha menjatuhkan kerajaan negeri itu.
“Saya tak tolak kemungkinan ia suatu usaha mereka (Umno) untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, seperti kudeta yang mereka buat di Perak,” jelasnya kepada akhbar Harakahdaily.
Selain menyamakan demontrasi tersebut dengan demonstrasi mengarak kepala lembu September lalu, beliau mengganggap demonstrasi tersebut dilakukan oleh segelintir yang kecewa melihat PAS bersama-sama Pakatan Rakyat memerintah Selangor sejak 8 Mac tahun lalu.
Berkaitan: Kudeta Perak kini bakal menular ke Selangor?
Kepala lembu: Empat pemimpin UMNO dalangi demo (video)
Kes ‘kepala lembu’ ekstrem: Mahyuddin ahli PAS?
0 comments:
Post a Comment