Teknik menjadi dalang mengganggu PAS amalan biasa UMNO – Nik Abd. Aziz

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berkata “teknik menjadi dalang mengganggu PAS merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.”

"Sebenarnya orang PAS ini sudah masak (berkenaan Umno menjadi dalang mengacau PAS). Sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat.”

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

Berkaitan:
AWAS KUDETA! Demonstrasi di Selangor sentiasa berbau UMNO/BN yang kekal tidak puas hati

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger