Islam dan demokrasi

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walaupun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita. Ini justeru kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan tamadun umat lain dari timur dan barat.

Nabi Muhammad Sallallahhu’alaiwassalam berkata, “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya.”

Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya. PAS yang berlandaskan Islam, yang tidak bersifat sekularisme seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang, terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.

Demokrasi bukan hanya hari mengundi ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang disenaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.

Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat. Contohnya ialah dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya. Juga kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak.

Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa. Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal. Negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka.

PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.

(Bahagian 2: Sebahagian ucapan perdana Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, 19 Disember 2009, Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor)

Bahagian 1:
Memperkukuh Pakatan Rakyat
Berkaitan: Buku - Sejauh manakah demokrasi selari dengan politik Islam?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger