Memperkukuh Pakatan Rakyat

Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk. Ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik.

Semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh
yang begitu panjang, setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

Walaupun sistem demokrasi berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara dikongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan di seluruh dunia.


Keadaan ini tidak harus dibiarkan berterusan, kerana (akan) menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.


Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisme yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.


Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan. Majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Justeru tanpa menggerakkan inisiatif mereka sendiri, maka tidak ada perubahan menyeluruh terbentuk. Ini disebabkan kerana mereka diperbodoh, ditipu dan dirasuah.


Al-Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir.
Kata Allah dalam surah az-Zukhruf:
51. dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini. Akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?

52. "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?


53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"


54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).
Tamadun Mesir yang terdiri daripada piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan raja Mesir. Satu piramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja.

Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan.
Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.

Tsunami politik pilihanraya ke-12 menunjukkan konsep Pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepincangan dalam amalan demokrasi.


(Sebahagian ucapan perdana Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, 19 Disember 2009, Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor)
Akan bersambung..............

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger