Kita berkumpul di sini kerana mahu janakan perubahan dan reformasi untuk mendirikan sebuah negara milikan semua anak Malaysia yang cintai 5K - keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. Rakyat mesti percaya perjuangan kita adalah tulen bukan celup, benar bukan palsu, hak bukan batil, maaruf bukan mungkar. Perjuangan yang sebenar adalah yang dapat dilihat, didengar dan dirasai.
Kompromi seperti ini adalah petanda baik bahawa kerjasama erat dalam PR adalah berdasarkan landasan perbincangan dan perundingan yang bernas tanpa didominasikan oleh sesuatu pihak. Sungguhpun tidak memenuhi keperluan masing-masing, namun ia adalah satu batu asas yang boleh menjalinkan kerjasama erat dalam PR, hubungan baik antara kaum serta integrasi dan perpaduan kaum di seluruh Malaysia.
Dengan kata lain, amalan pentadbiran amar maaruf nahi mungkar boleh menyatupadukan rakyat kerana semua menyokong kebaikan dan bencikan kejahatan seperti amalan rasuah.
Itulah sebabnya kerajaan PR selalu tekankan ketuanan rakyat dan menganggap semua warga sebagai insan bermaruah bukannya berdiskriminasi atas warna kulit. Dengarlah komitmen kami: Bahawa kerajaan PR akan memberikan bantuan sama kepada semua rakyat tanpa kira kaum, agama, jantina dan latarbelakang.
Pandangan Guan Eng terhadap konsep 1Malaysia:
"Konsep Satu Malaysia hanya mengaburi mata. Konsep Satu Malaysia boleh diibaratkan macam seketul ais yang hanya akan cair dalam negara tropika. Apa yang lebih bermakna ialah konsep anak Malaysia 5K - keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.“Izinkan saya membawakan sebuah kisah di mana Khalifah Syaidina Umar Abdul Aziz menjawab sepucuk surat yang diterima daripada salah seorang pembesarnya:
“Sesungguhnya kota kami telah roboh, jika Tuan perkenankan hendaknya mengirimkan sejumlah wang untuk mengubahsuai dan membaikinya untuk membina semula."Khalifah Umar menjawab surat tersebut dengan berkata:
“Saya telah memahami isi kandungan surat Tuan, dan Tuan mengatakan bahawa kota Tuan telah roboh, jika Tuan membaca suratku ini, maka bentengilah atau jagalah kota kalian dengan keadilan, dan bersihkan jalannya daripada kezaliman, itulah sebaik-baik tembok yang selamat bagi kota Tuan dan rakyat negeri Tuan.”Maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh Khalifah Umar adalah bahawa jadikan prinsip 5K - keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan sebagai benteng dan tembok kami, dan pasti kota perpaduan rakyat akan berjaya dibangunkan.
(Sedutan sebahagian ucapan Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng, di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada 19 Disember 2009)
Berkaitan: TG Nik Abd. Aziz, Lim Guan Eng dan ilmuan generasi al-Quran
0 comments:
Post a Comment