Sultan Muhammad al-Fateh: Seorang ketua dan penakluk di hati rakyat

Novel sejarah ini tidak pernah menjemukan saya di sepanjang pembacaan. Dari satu sudut, sejarah Islam sentiasa menjadi minat saya untuk mendalaminya. Namun bila saudara Abdul Latip Talib menarasikan secara teknik Surah Yusuf dengan diserikan bersama bahasa Melayu tinggi, ia menjadi semakin indah.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini mengatasi Alexander the Great!.” (Pakar Sejarah Byzantine)

Suatu hadis dari Nabi Muhammad Sallallahhu’alaiwasallam yang dilaporkan berkenaan penaklukan ataupun pembukaan kota Konstantinopel (di waktu itu masih di bawah penguasaan kerajaan Rom) bermaksud begini: “Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

Itulah Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau memimpin satu pasukan seramai 250,000 tentera menakluk kota kemegahan dan keangkuhan Rom itu pada hari Selasa, 29 Mei 1453, bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah. Ketika itu usia beliau ialah 21 tahun.

Nabi Muhammad Sallallahhu’alaiwasallam pernah berkata: “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya ialah sebaik-baik pasukan.” (Hadis dilaporkan Ahmad bin Hanbal al-Musnad)

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.

Jom sahabat kita berhijrah. Tinggalkan yang sudah-sudah. Melayu sudah membuktikan bahawa kita bangsa yang agung hanya dengan Islam. Melayu juga jatuh kerana tidak mengamalkan Islam seperti mana ajaran Nabi Muhammad Sallallahhu’alaiwasallam. Hanya Islam penyelamat di dunia, apatah lagi di akhirat.

Islam bukan sekadar retorik politik dan alunan lagu. Sesungguhnya dari sekecil-kecil persoalan kopiah dan terompah, Islam telah melingkari pembentukan diri, keluarga, masyarakat, ekonomi, seni, sastera, hiburan, pendidikan, sains, sejarah, falsafah; hinggalah kepada persoalan perundangan, pemerintahan, emosi, dan psikologi.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger