Akhbar online Era Pakatan melaporkan bahawa buku kartun hasil titik peluh Zunar dirampas lagi!

Sejumlah buku karya terbaru kartunis dan aktivis reformasi terkenal, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar sekali lagi telah dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri menggunakan, Polis DiRaja Malaysia.


Rampasan itu diketuai Cif Inspektor Mohd Noor Azlan Mansor daripada Balai Polis Seberang Perai, Pulau Pinang.


Dilaporkan sebanyak 15 naskah buku berjudul 'Isu dalam kartun' telah dirampas di dua buah kedai buku di Bukit Mertajam dan Butterworth, Kepala Batas semalam.


'Isu dalam kartun' ialah kompilasi kartun hasil karya kartunis dinaungi syarikat milik Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd yang menyentuh mengenai isu-isu politik dan ekonomi Malaysia secara satira dan kritis dalam bentuk kartun dan juga tulisan.


Antaranya, misteri pembunuhan Altantuya, kes kehilangan enjin pesawat TUDM, isu rasuah di kalangan ahli politik BN, rampasan kuasa di Perak, pergolakan politik dalam parti komponen BN dan sebagainya.


Sebelum ini Zunar menerbitkan 1Funny Malaysia dan Majalah Gedung Kartun, yang turut dirampas Kementerian Dalam Negeri sejurus selepas ia diedarkan di pasaran. (Laporan
Roziyah Mahamad, Era Pakatan)

Memang benarlah, true One Funny
Malaysia! Teruskan, Zunar. Bak kata saudara,
"Mereka (KDN) boleh rampas majalah saya, buku saya, produk-produk saya. Yang mereka tidak boleh rampas, otak saya. Saya tetap akan melukis walaupun atas kertas tisu tandas.”

Berkaitan:
Buku Where is Justice? Death and Brutality in Custody dirampas
Buku berkaitan pembunuhan Altantuya terus menghantui pihak pemerintah
1Malaysia rampas buku lagi: Kali ini Malaysian Politicians Say the Darndest Things (Vol 2)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger