PANAS & HANGIT: SPRM Serbu Rumah IGP?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.

Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.


"Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.


"Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'," kata laman web terkemuka itu.


Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai 'IGP Bodoh'. Malaysia Today juga mendakwa selain cakap-cakap pegawai polis, laman itu juga ada ramai kenalan di kalangan pegawai polis yang menjadi orang dalamnya.


"Malah, mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.


"Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka," kata laman itu.


Malaysia Today juga mengingatkan pembaca bahawa 90 peratus khabar angin di Malaysia terbukti benar walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.


Laman itu juga meminta orang ramai menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat dan tidak menolak kemungkinan SPRM membuat penafian dalam hal ini.
(Sumber asal Suara Keadilan)

** Memang panas dan hangit! Jika benarlah......

1 comments:

Web Sutera said...

(The Star) - The Malaysian Anti-Corruption Commission has denied carrying out a raid on Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan’s house as claimed by an online blog.

Deputy chief commissioner Datuk Mohd Shukri Abdull said the article allegedly written by Raja Petra Kamarudin in his news portal Malaysia Today that the IGP’s house in Petaling Jaya was raided on Sunday is false.

The article claimed the raid uncovered a large amount of cash and was conducted by Seremban commission officers.

“There is no truth whatsoever in it. It is absurd for the article to even make such claims when it never happened,” Shukri said.
He added that he had contacted the Negri Sembilan state MACC director and he too confirmed that no such incident ever took place.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger