Ketua Penerangan PAS Pusat, saudara Idris Ahmad dilaporkan berkata, soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, bukan Perlembagaan UMNO.
Justeru, katanya PAS kesal dengan ucapan perkauman Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini yang didakwa perlu berterima kasih kepada UMNO.
Malah, katanya selepas lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi untuk menunjukkan Umnolah juara rakyat sebenarnya.
“Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin UMNO. Februari lepas Datuk Nasir Safar, pegawai khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan menggelarkan kaum Cina dan India di negara ini sebagai pendatang,” ujarnya kepada Harakahdaily.
UMNO dan hagemoninya memang lapuk dan bangang! Dia orang ingat Malaysia ini negara geng UMNO sahajakah? Katakan tidak kepada UMNO dan politik adu dombanya!

1 comments:
Apakah kita tidak boleh bercerita tentang sejarah sebenar?
Apakah dengan menceritakan sejarah bagaimana mereka ke sini itu menjadi satu dosa yang membawa liabiliti kepada imej mana-mana pejuang?
Jika demikian kiranya, bolehlah kita segera ke arkib dan membakar segala dokumen sejarah kerana sejarah sudah menjadi sesuatu yang 'haram' untuk diceritakan kembali..
Jika itu asal mereka, ia kekal menjadi fakta. Kita hanya dikira berdosa apabila kita menyatakan mereka berasal usul dari sini sejak zaman berzaman. Itu dikira sebagai menipu nasab keturunan dan asal usul.
Dalam al Qur'an surah al Mumtahanah, Allah melarang kita bekerjasama dengan pihak bukan Islam sekiranya mereka memenuhi dua syarat ini.
1) Memerangi Islam.
2) Menghalau kita dari kampung halaman kita.
Dengan tidak menceritakan asal usul dengan benar, maka persoalan milik siapa 'kampung halaman' ini menjadi kabur.. dan sesiapa jua boleh mendakwa ini kampung asal mereka dan melakukan sesuka hati mereka kerana 'kampung halaman' ini milik mereka secara turun temurun.
Fahami.. politik yang memecahbelahkan penduduk asal kampung inilah yang menjadi parasit pemusnah yang mengakibatkan segala yang benar harus dipadamkan, dan segala yang batil diangkat, dijulang dan dijilat-jilat fanatik totok di kedua belah pihak.
Post a Comment