Negara Haram Israel bukan main-main. Mereka adalah TERRORIS!

07Apr2010

Susulan dari pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dalam blognya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat syarikat perunding imej Israel dalam usaha pemulihan imej PM yang sudah tercemar, maka isu ini berterusan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mengatakan Zionisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.

Isu keganasan dan sikap terroris Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin wajib dipandang dari segenap sudut. Justeru itu, tindakan kerajaan UMNO/BN dengan menggunakan perkhidmatan yang melibatkan perisik Israel wajib ditentang!


Ikuti kenyataan saudara Mahfuz Omar lagi di bawah. Ini bukan perkara main-main lagi. Saya tidak nampak pihak pembangkang dan Pakatan Rakyat sengaja memainkan isu ini untuk sebarang kepentingan peribadi. Negara haram
Israel dan pertubuhan Zionis Yahudi bukan khayalan. Ianya maha benar dan mereka semua adalah terroris dunia dan Islam.

Baca penuh di sini.

0 comments:

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger