Hulu Selangor: Undi untuk Zaid, kita ajar UMNO!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendedahkan UMNO sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan UMNO ini tidak boleh dimaafkan. "UMNO karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar UMNO supaya tidak sombong," katanya.


Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan UMNO selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika sidang media semalam, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan Menteri Besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor

Berkaitan: Umar al-Khattab pembunuh dan peminum arak tegar sebelum keislamannya

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger