Buku Keganasan, Penipuan & Internet: ini adalah kumpulan tulisan-tulisan Hishamuddin Rais a.k.a Isham yang pernah disiarkan di kolum Surat Tanpa Alamat dalam akhbar Oriental Daily berbahasa Mandrin. Dalam kumpulan ini juga termasuk tulisan kolum Dari Brickfield dalam Berita Keadilan dan Dari Jelebu, blog Isham di Malaysia Today. Edisi paperback ini berharga RM30.00.
"Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Penentu. Menangkan pihak yang benar di PRK Hulu Selangor dan kalahkan pihak yang hipokrit. Amin ya Rabbal 'Alamin."
3.30pm, SMS terkini: Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera. SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya trend keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.
SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.
Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.
Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.
1 comments:
JIKABENAR BEGITU.....SUJUD SYUKUR KE ATAS KEMENANGAN PKR.....PAKATAN RAKYAT!!!!
Post a Comment